HomeUtamaAmaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang berlaku hingga awal pagi...

Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang berlaku hingga awal pagi Rabu

Read Time:46 Second

Kota Kinabalu : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir yang dijangka berlaku dibeberapa kawasan Pedalaman Sabah sehingga jam 1 pagi ini.

MetMalaysia dalam kenyataan malam ini memaklumkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa buah daerah di Sabah terutama di Pedalaman dan Pantai Barat termasuk Labuan.

“Bagi kawasan Pedalaman Sabah ianya melibatkan Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Nabawan

“Manakala yang lain adalah melibatkan Pantai Barat iaitu Papar dan Labuan sehingga jam 1 pagi Rabu 4 Disember,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Selain itu beberapa kawasan di Semenanjung turut dilaporkan akan berlaku ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dalam tempoh sama.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.  –SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Isu SMM, klip video ADUN disifatkan lebih kepada ‘sakit hati’ dan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular