HomeUtamaMasidi hadir ke pejabat SPRM secara sukarela

Masidi hadir ke pejabat SPRM secara sukarela

Read Time:54 Second

Kota Kinabalu : Menteri Kewangan Datuk Seri Masidi Manjun hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kota Kinabalu secara sukarela kira-kira jam 8 malam tadi.

Ia adalah susulan video tular mengaitkan dirinya yang dimuat naik sebuah portal berita hari ini.

“Saya ingin memaklumkan bahawa saya secara sukarela dan tanpa dipanggil oleh SPRM telah memberi keterangan berkenaan video yang tular hari ini di pejabat SPRM Kota Kinabalu pada jam 8 malam.

“Sepertimana yang saya telah maklumkan sebelum ini, saya akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak-pihak yang berwajib untuk menyiasat isu ini,” katanya dalam satu kenyatan di sini malam ini.

Masidi berkata, kunjungan beliau ke Pejabat SPRM malam ini adalah untuk membantu siasatan dan tanda sokongannya kepada usaha SPRM membanteras rasuah di negeri ini.

Petang tadi, Masidi dalam kenyataan berasingan mendakwa, video ‘whistleblower’ yang mengaitkan dirinya yang disiarkan sebuah portal telah disunting.

“Saya tidak tahu menahu mengenai wang
sebanyak RM300,00 yang kononnya diserahkan melalui pegawai khas saya.

“Saya mengalu-alukan sebarang siasatan keatas dakwaan ini oleh pihak yang berwajib dan akan memberi kerjasama sepenuhnya
kepada pihak agensi penyiasat,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Isu SMM, klip video ADUN disifatkan lebih kepada ‘sakit hati’ dan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular