HomeUtamaGeran Penyelidikan RM6.5 juta untuk UMS

Geran Penyelidikan RM6.5 juta untuk UMS

Read Time:53 Second

Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri telah menyampaikan geran penyelidikan bernilai RM6.5 juta kepada Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Kursi Bajau Samah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, yang juga Pro-Canselor UMS, menyerahkan geran tersebut kepada Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMS, Prof Ir Dr Rosalam Sarbatly pada majlis penyampaian Anugerah Penyelidikan UMS (APUMS) 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini malam tadi.

Daripada jumlah itu, RM2.5 juta adalah untuk Penyelidikan Makmal Hidup, manakala RM4 juta diperuntukkan untuk Kursi Bajau Samah.

Dalam majlis yang turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, yang juga Canselor UMS, UMS turut menerima geran penyelidikan bernilai RM8.61 juta daripada PETRONAS. 

Naib Presiden Kanan PETRONAS, Datuk Ir Bacho Pilong, menyerahkan replika cek kepada Prof Rosalam.

Hajiji kemudiannya mengiringi Tun Juhar untuk menyampaikan Anugerah Khas Canselor Tun, yang menjadi acara kemuncak malam itu, kepada Prof Justin Sentian, saintis Malaysia pertama yang menjalankan penyelidikan musim sejuk di Antartika.

Satu upacara memotong kek secara simbolik turut diadakan bagi meraikan ulang tahun ke-30 penubuhan UMS. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

UMS terima 148 geran penyelidikan sehingga bulan lalu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular