HomeUtamaVideo ADUN Sabah tular: Masiung ke SPRM beri keterangan

Video ADUN Sabah tular: Masiung ke SPRM beri keterangan

Read Time:1 Minute, 32 Second

KOTA KINABALU: Wakil Rakyat Kuamut, Datuk Masiung Banah hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi tadi bagi memberi keterangan susulan video tular dikaitkan dengan beliau dimuat naik sebuah portal berita semalam.

Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) itu tiba tepat jam 9.00 pagi tadi di pejabat SPRM, Kota Kinabalu bagi memberi keterangan berhubung video tular berkenaan.

” Kehadiran saya ke pejabat SPRM sebagai komitmen untuk memberi kerjasama sepenuhnya membolehkan pihak berwajib melakukan siasatan terperinci berhubung rakaman video tersebut, ” jelasnya sejurus keluar dari pejabat SPRM pada jam 12.30 tengahari.

” Pegawai SPRM mengambil masa 2 jam 30 minit untuk merekodkan keterangan saya pagi ini dan saya berpuas hati dapat memberi kerjasama.

“Para pegawai SPRM begitu profesional dan dedikasi ketika melakukan siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Masiung turut mengalu-alukan mana-mana pihak berwajib untuk menjalankan siasatan terhadap dakwan ini dan berjanji akan memberi kerjasama sepenuhnya.

Beliau memaklumkan, rakaman video berkenaan telah disunting dan ditokok tambah terlebih dahulu sebelum disiarkan.

” Rakaman video tersebut jelas tidak menggambarkan cerita sebenar, kerana ia disunting seolah-olah cerita itu berpihak kepada individu yang membuat rakaman tersebut.

” Saya bersedia dipanggil SPRM bila-bila masa tanpa memberi alasan sakit atau sibuk dengan komitmen tugas, ” jelasnya.

” Saya berharap SPRM memanggil individu yang membuat rakaman tersebut untuk siasatan terperinci dan menyerahkan rakaman video sebenar perbualan berkenaan, ” jelasnya.

Beliau percaya, wujud campurtangan politik melibatkan parti pembangkang yang sengaja memerangkap beberapa Wakil Rakyat Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai komplot menjatuhkan kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Menurut Masiung, beliau sudah menjangkakan pembangkang akan melakukan komplot kerana berasa tergugat dengan kecemerlangan kerajaan negeri diterajui Hajiji menerusi Belanjawan Sabah 2025 diluar dugaan sebanyak RM7.421 bilion yang tidak pernah dilakukan pembangkang semasa menjadi kerajaan sebelum ini.

Masiung meminta rakyat di kawasan Kuamut yang beliau wakili bertenang dan tidak memberi memberi sebarang spekulasi.

RELATED ARTICLES
Utama

Mahkamah tetapkan 9 April bagi kes Bung Mokhtar dan isteri

Jabatan Meteorologi Malaysia Hujan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular