HomeUtamaKetegasan Sabah jaga kedaulatan sumber asli satu langkah penting

Ketegasan Sabah jaga kedaulatan sumber asli satu langkah penting

Read Time:59 Second

Kota Kinabalu : Ketegasan Kerajaan Sabah dalam menjaga kedaulatan sumber asli negeri ini adalah langkah penting untuk memastikan Sabah terus maju tanpa menggadaikan kepentingan alam sekitar.

Perkara itu dinyatakan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas turut menyokong kenyataan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang menegaskan bahawa Kerajaan Negeri tidak pernah mengeluarkan lesen melombong kepada mana-mana pihak dan sumber mineral Sabah akan terus dijaga dengan penuh integriti demi kesejahteraan rakyat.

“Mengeluarkan lesen prospecting untuk tujuan penerokaan dan kajian geomineral adalah satu perkara yang biasa untuk tujuan kajian dan meneroka potensi.

“Pada masa yang sama, usaha pihak tertentu untuk memanipulasi fakta melalui penyebaran video dan propaganda politik bagi mencetuskan keresahan adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab.

“Tuduhan palsu sebegini hanya bertujuan untuk menggugat kestabilan politik negeri serta mencemarkan nama baik kerajaan,” katanya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada pentadbiran Ketua Menteri atas komitmen untuk mempertahankan prinsip ketelusan, keadilan, dan kejujuran dalam pengurusan sumber asli negeri. 

“Mariah kita semua bersama-sama menyokong usaha ini demi memastikan Sabah terus maju, stabil, dan makmur untuk generasi masa depan,”‘katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular