Kota Belud : Seorang wanita merayu bantuan orang ramai untuk mencari dua adik-beradik perempuannya yang telah terputus hubungan lebih 25 tahun lalu.
Dua adik-beradik itu adalah Shelly O’Brien @ Faridah Abdullah dan Joan O’Brien.
Menurut wanita yang namanya tidak mahu disiarkan memaklumkan, kali terakhir Shelly tinggal di kawasan Kota Belud dan Joan O’Brien namun lokasi terakhir kedua-dua mereka tidak dapat disahkan.
“Saya amat berharap dapat bertemu kembali dengan adik-beradik saya. Sudah lebih dua dekad kami tidak bersua muka, dan saya benar-benar merindui mereka,” katanya dalam kenyataan kepada media di sini.
Beliau meminta sesiapa yang mempunyai maklumat atau mengenali Shelly dan Joan untuk segera menghubungi beliau di nombor 010-7620856.
“Ini amat penting dan mendesak bagi saya. Tolonglah sebarkan maklumat ini, dan saya amat menghargai bantuan daripada semua pihak,” katanya.
Beliau juga berharap agar pencarian ini dapat tular dan sampai kepada lebih ramai orang, terutama komuniti di Kota Belud yang mungkin mengenali dua adik-beradiknya itu.
Bagi mereka yang mempunyai maklumat, sila hubungi nombor di atas secepat mungkin. Sebarang pertolongan dalam pencarian ini sangat dihargai.