HomeUtamaSatu permainan politik - Jeffrey

Satu permainan politik – Jeffrey

Read Time:1 Minute, 18 Second

Kota Kinabalu : Gesaan pemimpin UMNO Sabah meminta Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor meletak jawatan dilihat sebagai satu permainan politik dan sesuatu yang tidak adil.

Timbalan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, gesaan itu dilihat tidak wajar kerana tiada sebarang pertuduhan atau kes mahkamah yang dihadapi oleh Pengerusi GRS itu.

Katanya, lebih ketara  apabila beliau turut diheret sama dalam perkara itu, apabila namanya dicadang sebagai Ketua Menteri Interim bagi menggantikan Hajiji yang didakwa berdepan isu integriti selepas penyebaran klip video terbabit.

Timbalan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan

“Pertama sekali, saya rasa tidak adil dan tidak sepatutnya meminta Ketua Menteri letak jawatan kerana apa kesalahan dia? Dia tiada kena dakwa, dia tiada masuk mahkamah. Mereka hanya berasaskan video yang saya ingat sudah menjadi permainan mereka dan  disengajakan untuk mencemarkan imej pemimpin kita.

“Kedua, buat apa mereka tarik (heret) nama saya sekali kalau bukan untuk memecah-belah dan untuk memporak-perandakan pimpinan kita dalam GRS,” katanya ditemui media selepas melancarkan Pemuda GRS di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, hari ini.

Jeffrey yang juga Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) berkata beliau memahami permainan politik yang cuba dilakukan parti lawan terhadap GRS dalam usaha mereka untuk melemahkan gabungan berkenaan dan kepemimpinan kerajaan negeri.

Bendahari Pemuda UMNO, Mohd Kurniawan Naim Moktar sebelum ini berkata Hajiji sewajarnya meletakkan jawatan secara bermaruah setelah mengalami krisis integriti, reputasi dan kredibiliti.

Sebagai ganti, katanya Jeffrey wajar dilantik sebagai Ketua Menteri Interim kerana memiliki kredibiliti, integriti dan reputasi yang positif untuk mengetuai pentadbiran negeri. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Sektor pelancongan Sabah berkembang 3.0 peratus pada 2023 – DOSM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular