HomeUtamaKTYS lancar inisiatif bakul rahmah pilihanku

KTYS lancar inisiatif bakul rahmah pilihanku

Read Time:1 Minute, 24 Second

Kota Kinabalu : Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS) melancarkan inisiatif Bakul Rahmah KTYS Pilihanku yang bertujuan untuk menjaga kebajikan pelajar selain memperkukuh semangat kekitaan dalam kalangan warga kolej.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Mohd Ariffin Mohd Arif berkata, inisiatif itu juga turut mencerminkan keprihatinan dan komitmen KTYS dalam memastikan kebajikan pelajar diberi keutamaan.

“Ini seiring dengan aspirasi kolej untuk terus melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang akademik, tetapi juga prihatin terhadap komuniti mereka.

“Program ini adalah langkah yang signifikan dalam memperkukuh semangat kekitaan dan saling membantu dalam kalangan pelajar dan kakitangan kolej,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Perasmian Bakul Rahmah KTYS Pilihanku dan Penyerahan Sumbangan Tabung Haji dan Bank Islam Malaysia Berhad di sini, hari ini.

Pada majlis yang sama, turut diadakan penyampaian sumbangan Program IQRA’ TH IPTS 2024 berjumlah RM128,750 dan RM10,000 masing-masing daripada Tabung Haji serta Bank Islam Malaysia Berhad.

Ariffin yang juga Exco Pendidikan berkata, sumbangan itu adalah bukti sokongan berterusan sektor korporat dalam memperkasa pendidikan di negeri ini.

“Sumbangan seperti ini merupakan contoh yang positif bagaimana institusi-institusi besar dapat memainkan peranan lebih aktif dalam tanggungjawab sosial mereka.

“Dengan sokongan ini, kita dapat terus memastikan pelajar yang layak mendapat peluang pendidikan yang adil dan menyeluruh,” katanya.

Kira-kira 450 pelajar KTYS yang tinggal di asrama kolej berkenaan akan menerima manfaat Bakul Rahmah KTYS Pilihanku dengan potongan harga 50 peratus bagi pembelian barang-barang makanan dan keperluan asas yang dijual.

Hadir sama, Pengerusi Lembaga Pengarah KKYS Sdn. Bhd., Datuk Jasri @ Nasip Matjakir, Ketua Eksekutif KTYS, Datuk Tah Nia Jaman, Pengarah Tabung Haji Wilayah Sabah dan Sarawak, Datuk Nurlaila Said dan Pengarah Negeri Sabah, Bank Islam Malaysia Berhad, Nona Baria Saruddin.

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular