HomeUtamaHampir keseluruhan kawasan di Sabah alami ribut petir, hujan lebat

Hampir keseluruhan kawasan di Sabah alami ribut petir, hujan lebat

Read Time:41 Second

Kota Kinabalu : Hampir keseluruhan kawasan di Pedalaman, Pantai Barat dan sebahagian kawasan di Sabah dijangka akan berlaku ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 6 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan keadaan itu akan turut melibatkan kawasan Sandakan; Telupid; Beluran dan Kudat.

“Bagi kawasan yang dijangka terlibat adalah di Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat sehingga jam  6 petang ini.

“Selain itu turut berlaku dibeberapa buah negeri di Semenanjung dan Sarawak,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. 

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.  -SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular