HomeUtamaSabah sambut baik kenaikan kadar subsidi FLYsiswa

Sabah sambut baik kenaikan kadar subsidi FLYsiswa

Read Time:1 Minute, 34 Second

Membakut: Kerajaan Sabah menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menaikkan kadar bantuan subsidi tiket penerbangan, FLYsiswa dari RM300 ke RM400.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif berkata, inisiatif tersebut dapat mengurangkan beban mahasiswa dari Malaysia Timur untuk pulang ke negeri asal semasa musim perayaan.

Arifin Arif

“Ini satu pengumuman yang amat baik daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kita menyambut baik pengumuman ini.

“Langkah ini boleh mengurangkan beban anak-anak kita, di samping boleh menambah apa yang kita tampung sebelum ini iaitu untuk subsidi tiket penerbangan di Semenanjung, Sarawak dan Labuan yang kita beri,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Ambang Krismas Peringkat DUN Membakut di sini, semalam.

Arifin yang juga Exco Agama dan Pendidikan Sabah berkata, inisiatif tersebut juga memberi ruang yang lebih selesa kepada lebih 20,000 mahasiswa Sabah yang bakal menikmati subsidi tiket penerbangan, Graduan Rindu Sabah (GRS) berjumlah RM600 secara sekali bayar mulai Februari depan.

“Ketua Menteri sebelum ini telah mengumumkan RM600 bagi setiap pelajar. Lebih 20,000 pelajar mendapat manfaat ini. Jadi, RM600 untuk anak-anak Sabah yang belajar di Semenanjung, Sarawak dan Labuan. Dengan ada penambahan ini, lebih selesa bagi anak-anak kita balik.

“RM600 ini disediakan untuk setahun tetapi boleh digunakan masa Hari Raya, Krismas, Tahun Baru Cina, Kaamatan bila-bila mereka boleh gunakan.

“Dengan adanya lagi tambahan, sangat senang hatilah anak kita mudah, selesa untuk menampung tambang penerbangan mereka,” katanya.

Tambahnya dengan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri itu, mahasiswa Sabah layak menerima kedua-dua inisiatif terbabit.

“Dua-dua boleh digunakan. Dari Persekutuan boleh, daripada negeri pun boleh. Walaupun dapat di Persekutuan, mereka layak untuk negeri juga,” katanya.

Khamis lalu, Anwar mengumumkan kenaikan kadar bantuan subsidi FLYsiswa bermula 1 Januari 2025 sebagai tanda keprihatinan kerajaan persekutuan terhadap mahasiswa khususnya dari Sabah, Sarawak dan Labuan yang sering berdepan dengan isu harga tiket penerbangan yang agak tinggi.

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Kehidupan Rakyat Malaysia Semakin Sejahtera: Analisis Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia 2023

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular