HomeUtamaPeserta Brunei maut dalam acara Drag Battle di Litar Sandakan Turf Club

Peserta Brunei maut dalam acara Drag Battle di Litar Sandakan Turf Club

Read Time:1 Minute, 0 Second

SANDAKAN: Seorang peserta lelaki dari Negara Brunei maut apabila kereta yang dipandu dalam acara Drag Battle di Litar Sandakan Turf Club Batu 5 Sandakan terlibat kemalangan petang kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan Superintendan Ramasamy A/L Kuppan berkata kemalangan itu berlaku kira-kira jam 4.44 petang melibatkan sebuah kenderaan jenis Honda yang terlibat dalam acara Drag Battle di Litar Sandakan Turf Club Batu 5 Sandakan, telah mengalami kemalangan dan menyebabkan pemandunya maut.

“Hasil siasatan awal polis mendapati pada masa kejadian kenderaan yang dipandu mangsa yang merupakan peserta dalam acara Drag Battle ini, ketika melepasi garisan penamat, telah hilang kawalan lalu terbabas ke kiri litar perlumbaan.

“Mangsa tersepit dalam kenderaan yang dipandunya dan dikeluarkan oleh pihak Bomba,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Ramasamy, mangsa yang mengalami kecederaan parah dihantar ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan untuk rawatan, walaubagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia pada jam pada jam 5.25 petang di HDOK,” katanya.

Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Abang Adib Abang Ali, 36, warganegara Brunei.

“Mayat mangsa kini berada di Unit Forensik HDOK sementara menunggu bedah siasat yang akan dijalankan pada hari ini (15 Dis).

“Kes disiasat dan diklasifikasikan sebagai Laporan Mati Mengejut,” kata Ramasamy.

RELATED ARTICLES
Utama

Gempa bumi lemah di Ranau

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular