HomeUtamaGempa bumi lemah di Ranau

Gempa bumi lemah di Ranau

Read Time:28 Second

Kota Kinabalu : Kejadian gempa bumi lemah dengan magnitud 2.8 dilaporkan berlaku di Ranau, Sabah pada jam 2.56 petang tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, gempa bumi tersebut dengan koordinat 5.97 darjah Utara dan 116.57 darjah Timur serta jarak 318 kilometer (km) Utara dari Tarakan Indonesia.

Gempa bumi dengan kedalaman 10km itu menyebabkan gegaran dirasai di Ranau, Sabah dan kawasan sekitarnya.

Susulan kejadian itu, MetMalaysia akan terus memantau keadaan di sekitar kawasan terbabit.

Sehubungan itu, MetMalaysia meminta mereka yang terjejas untuk mengisi borang selidik di https://forms.gle/Hz8HpgTRtioo4q5T9 . – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Kehidupan Rakyat Malaysia Semakin Sejahtera: Analisis Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia 2023

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular