HomeUtamaPelan pakej Pascabayar Rakyat Sabah Maju Jaya (PR-SMJ) diperkenal

Pelan pakej Pascabayar Rakyat Sabah Maju Jaya (PR-SMJ) diperkenal

Read Time:1 Minute, 59 Second

Kota Kinabalu: Kerajaan negeri terus mempertingkat dan memperkasakan liputan rangkaian internet seperti 4G dan 5G di seluruh negeri dengan memperkenalkan Pelan Pakej Pascabayar Rakyat Sabah Maju Jaya (PR-SMJ).

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Safar Untong berkata, melalui pelan PR-SMJ ia berharap dapat mengurangkan jurang akses telekomunikasi di kalangan rakyat di seluruh negeri Sabah dan membantu rakyat negeri ini khususnya golongan kurang berkemampuan menikmati liputan dengan kuota yang mencukupi.

“Terdapat tiga pakej pelan iaitu Pakej Pascabayar Rakyat Sabah Maju Jaya(PR-SMJ), Pakej Data Sabah Maju Jaya(PD-SMJ) dan Pakej Penjawat Awam Sabah Maju Jaya(PPA-SMJ) yang menawarkan kombinasi kuota data internet, minit panggilan dan SMS yang munasabah pada harga mampu milik iaitu serendah RM30 sebulan bagi pelan lengkap serta RM10 sebulan bagi kuota data sahaja.

“Saya berharap agar pelan pakej-pakej ini dapat membantu rakyat terutama golongan B40 untuk menikmati liputan dengan kuota yang mencukupi di samping itu dapat membantu anak-anak yang bersekolah untuk memanfaatkan bagi melaksanakan tugasan sekolah seperti kerja-kerja kursus dan kajian yang memerlukan para pelajar mencari maklumat secara atas talian,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Pelan Pakej CelcomDigi Pascabayar Rakyat Sabah Maju Jaya (PR-SMJ) di Menara Kinabalu di sini semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Ketua Pegawai Penyelaras Sekretariat Sabah Maju Jaya (SSMJ), Datuk Datu Rosmadi Datu Sulai.

Safar berkata, pelan itu juga turut membantu penjawat awam negeri untuk melaksanakan tugasan dengan cekap dan terus memberi perkhidmatan awam yang terbaik kepada rakyat Sabah serta mengurangkan jurang akses telekomunikasi di kalangan rakyat di seluruh negeri Sabah di samping menyokong inisiatif pendigitalan di bawah Hala Tuju Sabah Maju Jaya (Pelan Pembangunan SMJ 1.0: 2021-2025).

Katanya, pelan pakej PR-SMJ tersebut merupakan kerjasama di antara SSMJ dan CelcomDigi Berhad yang merupakan usaha untuk merealisasikan aspirasi kerajaan seiring dengan agenda Hala Tuju Sabah Maju Jaya agar impaknya dapat dirasai oleh semua lapisan masyarakat di negeri ini.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada pengurusan dan kepimpinan CelcomDigi Berhad terhadap inisiatif tersebut kerana dengan kerjasama ini telah membuahkan hasil dan harapan saya agar pelbagai inisiatif baru yang merentasi pelbagai sektor contohnya pertanian, ekonomi biru dan sebagainya agar rakyat dapat menikmati apa yang dihasrat dalam SMJ.

“Kerajaan negeri amat mengalu-alukan kerjasama sektor korporat dan pemain industri untuk melabur dalam pembangunan jaringan infrastruktur khususnya telekomunikasi di negeri ini bagi meningkatkan liputan dan capaian Internet ke tahap lebih baik,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Mahathir teruja sertai Kejohanan Malaysia Towerrunning NCT 6000ft di Genting Highlands

Jabatan Meteorologi Malaysia Hujan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular