HomeEkonomiBOHEX 2024 bakal jadi platfrom utama industri halal, ASEAN

BOHEX 2024 bakal jadi platfrom utama industri halal, ASEAN

Read Time:1 Minute, 30 Second

Kota Kinabalu: Penganjuran Pameran Halal Antarabangsa Borneo (BOHEX) 2024 yang dijadualkan bermula Sabtu ini ditangguhkan kepada 5 Februari tahun depan berikutan terdapat beberapa perubahan program.

Pengarah Urusan Eminent Source Mohd Arief Hafizi Mohd Hashim berkata, penangguhan itu adalah bagi memastikan pengalaman acara yang lebih baik buat semua pihak.

“Keputusan ini dibuat untuk memastikan acara ini dapat memenuhi harapan tinggi semua peserta, pempamer, dan pengunjung. BOHEX 2024 juga akan memberikan penekanan khusus kepada pemerkasaan Industri Kecil Sederhana (IKS).

“Selain itu, program ini juga akan dapat meningkatkan lagi pemahaman penduduk setempat mengenai industri halal negara yang merangkumi bukan sahaja makanan tetapi pelbagai bidang yang lain serta menjadi satu penanda aras kepada acara yang akan menghubungkan IKS dengan perniagaan lain melalui ‘business matching’,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Arief berkata, BOHEX 2024 dijangka akan terus menjadi platform utama dalam memacu perkembangan ekonomi halal global terutamanya di Sabah dan bakal menarik pelaburan dan kerjasama dua hala di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

Katanya, program yang diadakan selama lima hari itu dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Acara ini akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) dan  dijangka akan menarik perhatian pemain industri dari seluruh dunia dengan menawarkan peluang rangkaian strategik.

“Selain itu, ia jga akan memberi pendedahan kepada inovasi teknologi halal terkini, serta pengalaman budaya Borneo yang menarik serta persembahan artis tempatan untuk menarik pelbagai golongan pengunjung,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Arief berharap BOHEX 2024 dapat menjadi platform dalam memacu pembangunan industri halal terutamanya melibatkan IKS.

“Pihak JAKIM turut menyatakan bahawa, dengan kerjasama strategik ini ia merupakan bukti komitmen JAKIM untuk memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai peneraju dalam industri halal global.

“Dengan potensi besar yang ada di Negeri Sabah, kami yakin BOHEX akan menjadi platform penting untuk memacu pertumbuhan ekonomi halal di rantau ini,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Perkongsian Strategik untuk Masa Depan Tenaga Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular