HomeEkonomiBursa Malaysia dibuka tinggi dipacu prestasi Wall Street

Bursa Malaysia dibuka tinggi dipacu prestasi Wall Street

Read Time:2 Minute, 22 Second

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini, dipacu prestasi bercampur-campur Wall Street semalaman, menurut penganalisis. 

Pada pukul 9.11 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mencatat kenaikan 2.63 mata kepada 1,602.72 berbanding 1,600.09 semalam. Indeks penanda aras itu dibuka 0.32 mata lebih tinggi pada 1,600.41. 

Suasana pasaran sedikit negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 191 berbanding 161, manakala 300 kaunter tidak berubah, 1,821 tidak diniagakan, dan 50 kaunter digantung. Jumlah dagangan sebanyak 298.05 juta unit bernilai RM125.35 juta. 

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata prestasi bercampur-campur Wall Street menunjukkan ekuiti Amerika Syarikat (AS) kini memasuki fasa konsolidasi. 

Menurutnya, sentimen pasaran terjejas oleh jangkaan kadar faedah yang kekal tinggi, sebagaimana ditunjukkan oleh peningkatan hasil bon 10 tahun AS kepada 4.56 peratus. 

“Di Hong Kong, Indeks Hang Seng merosot selari dengan penurunan Wall Street semalaman, dipengaruhi kenyataan Rizab Persekutuan (Fed) AS yang mengekalkan pendirian terhadap kadar faedah tinggi, dengan penurunan kadar hanya dijangka lebih perlahan menjelang 2025,” katanya. 

Dalam pasaran domestik, FBM KLCI terus kekal melebihi paras 1,600, menjadikannya satu-satunya pasaran saham di Asia Tenggara yang berjaya pulih daripada penurunan sebelumnya. 

“Ini mengukuhkan keyakinan kami bahawa indeks akan mengakhiri 2024 melebihi paras 1,600. Namun, isu siling hutang AS dan tahap hutang negara masih menjadi cabaran utama di Wall Street, yang mungkin membawa kepada peralihan dana asing kembali ke rantau Asia dan Asia Tenggara. 

“Oleh itu, kami menjangka indeks akan bergerak dalam julat 1,600 hingga 1,610 hari ini,” katanya kepada Bernama. 

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, YTL Corporation naik 13 sen kepada RM2.68, YTL Power International meningkat 5 sen kepada RM4.13, Public Bank menambah 2 sen kepada RM4.51, SD Guthrie naik 4 sen kepada RM4.95, dan Telekom Malaysia menokok 6 sen kepada RM6.69. 

YTL Corporation dan YTL Power International turut tersenarai antara saham paling aktif. 

Saham aktif lain termasuk Zen Tech dan EA Holdings, masing-masing kekal pada 1 sen, manakala Sarawak Cable menambah setengah sen kepada 12 sen. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas Shariah meningkat 1.66 mata kepada 12,265.42, Indeks FBM Emas naik 11.75 mata kepada 12,288.73, dan Indeks FBMT 100 menambah 12.72 mata kepada 11,977.85. 

Bagaimanapun, Indeks FBM 70 susut 5.52 mata kepada 18,428.56, manakala Indeks FBM ACE berkurang 9.66 mata kepada 5,246.74. 

Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 0.21 mata kepada 171.11, Indeks Perladangan meningkat 10.41 mata kepada 7,596.52, dan Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 0.3 mata kepada 18,840.57. 

Namun, Indeks Tenaga susut 1.21 mata kepada 809.85. – BERNAMA

RELATED ARTICLES
Utama

Hentikan fitnah, Musa Aman pilihan tepat sebagai TYT Sabah – Yahya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular