HomeUtamaJangan terikut-ikut provokasi pihak pertikai perlantikan Tun Musa

Jangan terikut-ikut provokasi pihak pertikai perlantikan Tun Musa

Read Time:1 Minute, 25 Second

Kota Kinabalu : Masyarakat khususnya umat Islam khususnya di negeri ini diingatkan untuk tidak terikut-ikut dengan provokasi pihak tertentu yang mempertikai perlantikan bekas Ketua Menteri, Tun Musa Aman sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-11.

Timbalan Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), Datuk Abdul Hakim Gulam Hassan berkata, pelantikan itu telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong dan ia adalah `satu ketentuan’ takdir daripada Allah SWT.

“Masyarakat Islam jangan terikut-ikut rentak provokasi mana-mana pihak. Takdir telah tersurat dan ini merupakan satu ketentuan daripada Allah SWT. Saya turut menjunjung kasih dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tun Musa atas pelantikan sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-11.

“Pelantikan Tun Musa sebagai ketua dan payung pemerintahan negeri Sabah adalah atas ketentuan daripada Allah SWT. Manusia hanya merancang, tetapi Allah jua yang menentukan segalanya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata pelantikan Tun Musa amat bertepatan sekali dengan mengambil kira pengalaman luas beliau dalam politik sejak zaman Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) lagi.

Selain itu, katanya, Tun Musa turut membuktikan kecemerlangan sebagai pemimpin terbaik yang banyak berjasa kepada rakyat dan negeri Sabah sepanjang 15 tahun menjadi Ketua Menteri di bawah pemerintahan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Beliau (Tun Musa) banyak membawa perubahan kepada negeri ini, sebagaimana terlihat dalam landskap pembangunan negeri ini,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Hakim turut mengingatkan golongan belia terutama mahasiswa supaya tidak membuat apa-apa tindakan yang boleh merosakkan masa depan mereka.

Beliau berkata khabar angin mengenai cubaan segelintir mahasiswa mengadakan tunjuk perasaan pada 31 Disember ini, berkaitan isu politik Sabah mutakhir ini, adalah sesuatu yang tidak wajar dilakukan.

“Sebaiknya tumpukan perhatian kepada pembelajaran kerana mahasiswa hari ini bakal menjadi pelapis kepimpinan masa depan,” katanya.

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular