HomeUtamaBersatu dalam meraikan kepelbagaian dan kepercayaan

Bersatu dalam meraikan kepelbagaian dan kepercayaan

Read Time:35 Second

Kota Kinabalu: Kerajaan negeri terus komited untuk memastikan perpaduan rakyat dan kestabilan politik sentiasa kekal supaya pertumbuhan ekonomi akan terus membangun.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, rakyat negeri ini juga diminta untuk terus bersama-sama sebagai satu masyarakat bersatu dalam meraikan kepelbagaian dan kepercayaan.

“Bersempena perayaan Krismas ini, saya berharap agar kita semua akan terus lebih komited dengan sikap toleransi dan bersatu padu.

“Dalam semangat Krismas ini juga, marilah kita meluangkan sedikit masa merenung persamaan yang selama ini menyatukan rakyat dan kekal fokus untuk mengukuhkan nilai-nilai ini,” katanya dalam Perutusan Krismas 2024 di sini hari ini.

Hajiji turut mengucapkan selamat menyambut Hari Krismas kepada semua masyarakat Kristian yang merayakannya di negeri ini. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular