HomeUtamaLelaki hilang, disyaki dibaham buaya selepas bot karam di Sg Kg Bilit

Lelaki hilang, disyaki dibaham buaya selepas bot karam di Sg Kg Bilit

Read Time:54 Second

KINABATANGAN: Seorang lelaki berusia 40 tahun, Maznin Kahar, dilaporkan hilang dan disyaki dibaham buaya selepas bot yang dinaikinya terbalik dan karam di Sungai Kampung Bilit di sini pada jam 1 pagi tadi (26 Dis).

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1:35 petang daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sukau mengenai kejadian tersebut.

Menurutnya, maklumat awal dari waris mangsa memberitahu bahawa Maznin bersama tiga rakannya sedang dalam perjalanan menghantar kayu belian menggunakan bot, tiba-tiba bot tersebut terlanggar sesuatu objek menyebabkan ia terbalik dan karam.

“Tiga rakan mangsa berjaya menyelamatkan diri ke tebing, manakala mangsa meminta bantuan kerana merasa dirinya diserang buaya namun tidak berjaya diselamatkan oleh rakannya,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Seterusnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan oleh pasukan Bomba Kinabatangan, bersama anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Hidupan Liar, dan penduduk kampung.

Namun, mangsa masih belum dijumpai, dan operasi SAR ditangguhkan pada jam 7:39 malam dan akan disambung keesokan hari.

Perkembangan terkini akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

RELATED ARTICLES
Utama

Laluan berhampiran Menara Kinabalu ditutup sebahagian 31 Disember ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular