HomeUtamaKerajaan tidak benarkan kenaikan tarif elektrik yang jejaskan rakyat

Kerajaan tidak benarkan kenaikan tarif elektrik yang jejaskan rakyat

Read Time:1 Minute, 19 Second

Kedah : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan tidak membenarkan kenaikan tarif elektrik yang menjejaskan rakyat.

Katanya, kenaikan kadar itu tidak seharusnya diletakkan kepada majoriti rakyat, sebaliknya kepada golongan maha kaya atau industri yang mencatatkan keuntungan luar biasa.

“Mengenai pengumuman Tenaga Nasional Berhad (TNB) berhubung kenaikan elektrik, tadi saya sudah hubungi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, menteri yang bertanggungjawab untuk minta TNB memberi penjelasan.

“Kita tidak benarkan kenaikan elektrik yang menjejaskan orang ramai, kenaikan seperti yang dulu itu hanya melibatkan golongan atasan yang saya sebut maha kaya ataupun industri yang mencatat keuntungan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Masjid Al-Hana, Langkawi di Kedah, di sini hari ini.

Anwar berkata, meskipun kos meningkat, ianya tidak boleh menjejaskan kedudukan majoriti rakyat.

“Jadi ini saya lihat dari segi dasar, saya faham keperluan naik, tapi kenaikan tidak boleh melibatkan atau kedudukan kos kepada majoriti rakyat, cara terperincinya, TNB dan menteri TPM Datuk Seri Fadillah Yusof akan menjelaskan,” katanya.

Terdahulu, TNB hari  ini memaklumkan, jadual tarif baharu dengan tarif asas 45.62 sen sekilowatt-jam (KwJ) bagi Semenanjung Malaysia di bawah Tempoh Kawal Selia 4 (RP4) dicadang dilaksanakan mulai 1 Julai, 2025.

Di bawah Tempoh Kawal Selia 3 (RP3) antara 2022 dan 2024, tarif asas ditetapkan pada 39.95 sen/kWj.

TNB menerusi makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata sebarang perbezaan dari Januari hingga Jun 2025 akan dibiayai melalui Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE).

“Jadual tarif elektrik semasa yang dilaksanakan sejak 2014, akan terus berkuat kuasa, tanpa perubahan dalam kadar tarif dan struktur tarif elektrik sehingga 30 Jun, 2025,” katanya.- SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Pesta Makan Tahun Kadayan Sabah jana pendapatan kepada peniaga, usahawan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular