HomeUtamaG57 lapor polis dakwa Fahmi Reza hina institusi diraja

G57 lapor polis dakwa Fahmi Reza hina institusi diraja

Read Time:1 Minute, 27 Second

Kuala Lumpur : Polis digesa untuk mengambil tindakan terhadap aktivis dan pereka grafik Fahmi Redza yang didakwa telah menghina Yang di-Pertuan Agong susulan pelantikan Tun Musa Aman sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah Ke-11.

Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57), Datuk Zulkarnain Mahdar berkata, aktivis itu telah membuat provokasi terhadap rakyat Sabah melalui karikaturnya yang dianggap menghina Musa sebagai perasuah.

Menurut Zulkarnain, karikatur tersebut adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab kerana mencemar nama baik institusi raja, di mana pelantikan Musa dibuat oleh Agong.

Zulkarnain berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bertindak tegas bukan sahaja terhadap institusi diraja tetapi juga mengingatkan bahawa Sabah dan Sarawak tidak mempunyai raja, sebaliknya mempunyai Yang di-Pertua Negeri (TYT). 

Beliau menegaskan bahawa rakyat Sabah dan Sarawak juga layak mendapat perlindungan TYT.

Zulkarnain menyatakan bahawa karikatur Fahmi telah menimbulkan gelombang provokasi di kalangan penyokong fanatik parti politik di Sabah, yang turut membuat provokasi melampau terhadap Musa. 

Beliau menekankan bahawa tindakan menyebarkan fitnah dan caci maki dalam berpolitik adalah tidak wajar dan perlu dibendung.

Beliau menggesa polis untuk mengambil tindakan segera bagi mengelakkan kejadian tidak diingini terhadap Fahmi, yang kini berada di Sabah untuk mengetuai perhimpunan aman “Gempur Rasuah Sabah” yang akan disertai mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada Selasa depan.

Dalam perkembangan yang sama, Zulkarnain turut menggesa polis untuk mengambil tindakan terhadap seorang lagi individu yang dikenali sebagai Linus kerana melakukan perkara yang sama, termasuk menghina Agong atas dakwaan menerima rasuah.

 Zulkarnain menyatakan bahawa mereka telah membuat dua laporan polis, termasuk terhadap seorang individu yang disyaki penyokong Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) atas penghinaan terhadap Agong.

Beliau berharap pihak berkuasa, termasuk polis dan MCMC, dapat bekerjasama untuk mengambil tindakan agar tidak membiarkan individu menghina Agong dengan memainkan isu 3R (Race, Religion, Royalty).

RELATED ARTICLES
Utama

Pesta Makan Tahun Kadayan Sabah jana pendapatan kepada peniaga, usahawan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular