HomeUtamaPemilik syarikat ditahan kemuka butir matan palsu RM 300,000

Pemilik syarikat ditahan kemuka butir matan palsu RM 300,000

Read Time:45 Second

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Labuan menahan reman seorang pemilik syarikat kerana disyaki mengemukakan dokumen yang mengandungi butir matan palsu melibatkan kerja pendawaian senggaraan bangunan di sebuah agensi kerajaan di wilayah tersebut bernilai kira-kira RM300,000.

Perintah reman selama lima hari sehingga 15 Januari 2025 telah dikeluarkan Majistret Kasyfurrahman Abang Ahmad selepas SPRM membuat permohonan tersebut di Mahkamah Majistret Labuan pagi tadi.

Pengarah SPRM Labuan, Muhammat Azis Malmod ketika dihubungi media hari ini mengesahkan penahanan tersebut.

Menurutnya, suspek lelaki berusia 30-an telah ditahan kira-kira jam 5 petang semalam ketika hadir bagi memberi keterangan di SPRM Labuan.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2022.

“Suspek juga disyaki mengemukakan tuntutan yang mengandungi butir matan palsu bagi kerja pendawaian senggaraan bangunan bernilai kira-kira RM300,000 sedangkan kerja tersebut tidak dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

RELATED ARTICLES
Utama

NOS, BGESB jalin kerjasama strategik, perkasa industri minyak & gas di...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular