HomeUtamaDBKK, PDRM perkukuh kerjasama tingkat keselamatan kawasan bandaraya

DBKK, PDRM perkukuh kerjasama tingkat keselamatan kawasan bandaraya

Read Time:1 Minute, 20 Second

Kota Kinabalu : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan terus memperkukuh kerjasama strategik dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya dalam usaha menaik taraf tahap keselamatan di kawasan bandar raya.

DBKK dalam satu kemaskini di Facebook berkata, kerjasama itu juga bertujuan bagi meningkatkan kesejahteraan masyarakat dan mencantikkan persekitaran bandaraya.

Perkara itu dinyatakan pada kunjungan hormat DBKK ke atas Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di sini baru-baru ini.

Kunjungan hormat DBKK itu diketuai Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah dan turut disertai Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pembangunan Luar Bandar dan Penguatkuasaan DBKK Karim Rahim dan Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Mohd Haniff Abdullah.

“Perbincangan dan pertemuan ini memberi tumpuan kepada permasalahan kes kecurian kabel yang berleluasa di sekitar bandaraya sehingga merugikan pihak DBKK dalam melakukan operasi baik pulih kawasan-kawasan yang terjejas.

“Selain itu, isu palauh juga menjadi isu penting dalam pertemuan ini, di mana usaha mencari penyelesaian bagi menangani kes-kes peminta sedekah dan jenayah yang semakin menjadi perhatian di sekitar bandaraya,” menurut kenyataan itu di sini semalam.

DBKK turut membawa beberapa isu penting, termasuk bertukar pandangan dan menerima nasihat untuk meningkatkan imej Jabatan Penguatkuasaan lebih proaktif dalam memberikan perkhidmatan yang cemerlang, khususnya bagi memastikan bandaraya dalam keadaan selamat, teratur, dan selesa. 

“Adalah diharapkan agar kerjasama erat ini dapat terus diperkukuhkan dalam memastikan Kota Kinabalu menjadi bandaraya yang lebih selamat, indah, dan sejahtera,” tambah kenyataan itu lagi.

Melalui usaha bersama itu, segala inisiatif yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan demi kepentingan penduduk setempat serta meningkatkan imej bandaraya sebagai destinasi pilihan pelancong. – SABAH MEDIA / FOTO DBKK

RELATED ARTICLES
Utama

Bomba bantu pindahkan 58 mangsa terjejas banjir

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular