HomeIsu tempatan140 pelajar tahun 6 SK Mutiara diraikan

140 pelajar tahun 6 SK Mutiara diraikan

Read Time:1 Minute, 1 Second

Kota Kinabalu : Seramai 140 pelajar tahun enam Sekolah Kebangsaan (SK) Mutiara Kota Kinabalu diraikan dalam satu Majlis Lambaian Mutiara Tahun Enam sesi 2024/2025.

Majlis yang bertujuan memberi penghargaan atas usaha dan komitmen para pelajar sepanjang enam tahun persekolahan itu disempurnakan Focal Person Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia, Datuk Muhammad Arif Tun Sakaran.

Arif berkata, program ini merupakan satu langkah yang baik dalam mengukuhkan hubungan antara pelajar dan guru sebelum perpisahan.

“Salah satunya program hari ini adalah untuk kita meraikan pelajar-pelajar sebelum mereka meninggalkan sekolah rendah.

“Selain itu, program ini juga dapat memberi peluang kepada mereka bermesra dengan barisan guru-guru mereka sebelum meninggalkan sekolah rendah,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Terdahulu ketika berucap, Arif berharap agar para pelajar terus berusaha dengan gigih dan tidak mudah berputus asa.

Katanya, ia adalah satu peringatan bahawa usaha yang dilakukan akan memberi impak besar kepada masa depan.

“Semoga kalian sentiasa diberi kekuatan dan semangat untuk menghadapi segala cabaran yang mendatang.

“Saya juga berharap agar hubungan yang terjalin di antara murid-murid, guru-guru, dan ibu bapa akan terus kukuh. Semoga kita sentiasa memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada anak-anak kita untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang di masa depan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Warga emas, pelajar antara penerima kaca mata percuma

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular