HomeUtamaLawatan ke Abu Dhabi, usaha strategik negara tingkat pelaburan asing

Lawatan ke Abu Dhabi, usaha strategik negara tingkat pelaburan asing

Read Time:2 Minute, 37 Second

Kuala Lumpur : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 Januari lalu telah mengadakan lawatan rasmi selama tiga hari ke Abu Dhabi, UAE sebagai sebahagian daripada usaha strategik negara untuk mempertingkatkan pelaburan asing ke negara ini.

Antara fokus utama lawatan ini adalah pertemuan dengan Pengurusan Tertinggi ADIA (Abu Dhabi Investment Autorithy), sebuah sovereign wealth fund antara terbesar di dunia dengan aset pelaburan melebihi USD 1 trilion.

Pada pertemuan itu, Perdana Menteri berpeluang berbincang dalam pelbagai perkara berkepentingan negara bersama Pengarah Urusan ADIA, Sheikh Hamed Zayed Al Nahyan.

Penganalisis yang juga Pakar Geaostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Madya Dr Azmi Hassan, berkata lawatan Perdana Menteri itu adalah penting kerana tumpuan negara pada masa ini adalah kepada sektor berteknologi tinggi seperti kecerdasan buatan (AI) dan tenaga boleh diperbaharui yang memerlukan suntikan dana lebih besar.

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Abu Dhabi, UAE pada 13 Januari 2025. – AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This photos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the image or facts mentioned in the caption. Reuse of the pictures may require further permission. MANDATORY CREDIT – AFIQ HAMBALI/Prime Minister’s Office of Malaysia

“Dua sektor ini semakin berkembang pesat dan menarik perhatian pelabur global. ADIA berpotensi untuk melabur dalam sektor-sektor ini, seperti yang dilakukan oleh ARAMCO di Pengerang Integrated Petroleum Complex (PIPC), Teluk Pengerang, Johor,” katanya.

Azmi berkata, strategi berjumpa secara bersemuka antara Perdana Menteri dengan Pengarah Urusan ADIA ini telah membuka ruang yang lebih luas dalam usaha negara mempertingkatkan pelaburan tertentu ke Malaysia bagi tahun ini dan tahun tahun mendatang.

Katanya, seperti yang diketahui umum Perdana Menteri adalah seorang sangat mahir berkomunikasi dan atas dasar itu beliau percaya dengan karisma yang dimilikinya menjadi antara faktor utama yang membuka ruang lebih besar dalam usaha menarik pelaburan demi kepentingan negara.

“Bagi saya pertemuan secara langsung dengan ADIA adalah penting……. ia telah memberi ruang kepada Perdana Menteri untuk meyakinkan mereka tentang kestabilan politik dan ekonomi Malaysia sekaligus mempertingkatkan lagi pelaburan sedia ada.  

“Kestabilan negara dari segi politik dan ekonomi merupakan faktor utama yang dipertimbangkan oleh pelabur sebelum membuat keputusan melabur di sesebuah negara.

“Oleh itu, kehadiran Perdana Menteri dalam pertemuan tempoh hari lebih bertujuan untuk memberikan jaminan mengenai landskap pelaburan Malaysia yang kukuh dan berdaya saing,” katanya.

Sementara itu, media melaporkan ADIA menzahirkan komitmen untuk menjayakan pelbagai pelaburan yang telah dirancang di Malaysia.

Hasrat itu disampaikan Pengarah Urusannya  dalam pertemuan tertutup bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin lalu.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang turut hadir dalam mesyuarat itu berkata komitmen berkenaan turut melibatkan pelaburan dalam transformasi Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Dalam pada itu, Perdana Menteri Alhamdulillah, Perdana Menteri menerusi hantaran  di Facebooknya, melahirkan kesyukuran mengenai lawatan ke Emiriah Arab Bersatu (UAE)  yang mencapai matlamat untuk memperkukuh hubungan dua hala dan persahabatan Malaysia-UAE.

Beberapa kerjasama baharu berjaya dimeterai termasuk perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan memperkasa inisiatif kecerdasan buatan (AI) di Malaysia.

RELATED ARTICLES
Utama

65 jawatan kosong guru Tadika, SAN, SMAN JHEAINS dibuka tahun ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular