HomeUtamaMemanjangkan Tempoh Bersidang Tertakluk Kepada Kelulusan KKM - Masidi

Memanjangkan Tempoh Bersidang Tertakluk Kepada Kelulusan KKM – Masidi

Read Time:57 Second

KOTA KINABALU : Cadangan bagi melaksanakan reformasi dan pembaharuan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah oleh beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang dilihat sebagai idea baik.

Ia termasuklah memanjangkan tempoh persidangan DUN sekurang-kurangnya 30 hari berbanding 20 hari setiap tahun.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, cadangan memanjang persidangan dilihat wajar namun ia tertakluk kepada kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Beberapa cadangan bagi melaksanakan reformasi dan pembaharuan di DUN Sabah oleh ADUN Pembangkang adalah baik, ia juga merupakan idea sama seperti saranan pemimpin kerajaan sebelum ini yang turut mencadangkan transformasi DUN Sabah.

“Namun cadangan pihak pembangkang ini bukanlah baharu tetapi cadangan yang sama ini sudahpun terlebih dahulu disyorkan oleh Datuk Seri Rahman Dahlan pada Julai 2020 tahun lalu.

“Pada kali ini pula, perkara sama turut dicadangkan oleh pihak pembangkang dengan beberapa tambahan untuk diberikan kepada DUN Sabah,” katanya kepada Sabah Media disini hari ini.

Kelmarin, beberapa ADUN Pembangkang telah mengemukakan tujuh cadangan kepada Speaker DUN Sabah Datuk Kadzim M. Yahya bagi melaksanakan refomasi dan pembaharuan di DUN.

Antaranya, Jawatankuasa Akaun Awam (PAC) harus dipengerusikan oleh seorang ADUN Pembangkang bertujuan untuk menegakkan ketelusan, bertanggungjawab dan demokrasi.

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular