HomeUtama13 Mac untuk keputusan kes suami bakar isteri hingga mati

13 Mac untuk keputusan kes suami bakar isteri hingga mati

Read Time:59 Second

Oleh J. EVACHEL JOHN

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 13 Mac ini bagi keputusan sama ada seorang petani yang didakwa membakar isterinya hingga maut di Keningau tahun lepas perlu membela diri atas pertuduhan membunuh.

Hakim Datuk Dr. Lim Hock Leng menetapkan tarikh itu selepas pihak pendakwaan menutup kes mereka pada Selasa dengan memanggil tujuh saksi.

Tertuduh, Patersius Juliteh @ Julit, 50, didakwa membunuh isterinya, Sansiah Tinggian, 41, di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Tingalan, Sook, pada 2 Februari 2024, kira-kira jam 11 malam.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang daripada 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun, serta sekurang-kurangnya 12 sebatan jika tidak dijatuhi hukuman mati.

Peguam Abdul Fikry Jaafar Abdullah mewakili tertuduh, manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Dacia Jane Romanus.

Media sebelum ini melaporkan, mangsa meninggal dunia akibat melecur di Hospital Keningau pada 3 Februari 2024 selepas dipercayai dibakar susulan pertengkaran dengan suaminya ketika mereka sedang minum tapai di rumah.

Ketua Polis Daerah Keningau, Superintendan Yampil Anak Garai, sebelum ini memaklumkan bahawa anak perempuan pasangan itu yang berusia 16 tahun berjaya menyelamatkan dua adiknya daripada kebakaran yang memusnahkan rumah kayu mereka.

RELATED ARTICLES
Utama

Terlepas tali gantung, pemuda syukur dapat pulang beraya bersama keluarga

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular