HomeUtamaKadar dividen 6.30 peratus bagi Simpanan Konvensional, Simpanan Shariah – KWSP

Kadar dividen 6.30 peratus bagi Simpanan Konvensional, Simpanan Shariah – KWSP

Read Time:34 Second

BERNAMA

Kuala Lumpur:  Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 6.30 peratus bagi Simpanan Konvensional dengan jumlah agihan RM63.05 bilion dan 6.30 peratus bagi Simpanan Shariah dengan jumlah agihan RM10.19 bilion.

Ketua Pegawai Eksekutif Ahmad Zulqarnain Onn berkata ini menjadikan jumlah keseluruhan agihan bagi 2024 adalah RM73.24 bilion.

Beliau berkata bagi tahun berakhir 31 Dis 2024, KWSP mencatatkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM74.46 bilion, meningkat 11 peratus daripada RM66.99 bilion yang direkodkan 2023.

“Jumlah ini adalah selepas mengambil kira turun nilai kos ke atas ekuiti tersenarai bagi tahun tersebut,” katanya pada KWSP 2024: Taklimat Dividen di sini, pada Sabtu. – BERNAMA

RELATED ARTICLES
Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah
PendapatUtama

Sabah Makin Sejahtera: Bukti Usaha Membasmi Kemiskinan Berhasil

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular