HomeUtamaKemajuan positif isu parkir di Hospital Queen Elizabeth 1 – Phoong

Kemajuan positif isu parkir di Hospital Queen Elizabeth 1 – Phoong

Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengenal pasti lokasi untuk pembinaan kemudahan parkir di Hospital Queen Elizabeth I (QEH I).

Struktur parkir yang dirancang ini dijangka mempunyai kapasiti minimum 4,500 tempat letak kereta dan kini sedang menunggu kelulusan dasar serta konsep daripada Agensi Pusat.

Ini adalah respon yang diberikan oleh Menterinya Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad kepada Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan serta Ahli Dewan Undangan Negeri Luyang, Phoong Jin Zhe dalam satu pertemuan yang berlangsung selama satu jam di Putrajaya.

Phoong dalam kenyataannya pada Khamis, menyuarakan isu kekurangan tempat letak kereta di QEH I telah lama menimbulkan masalah kepada pesakit, kakitangan hospital serta menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di kawasan itu.

Phoong menekankan betapa pentingnya menyelesaikan masalah ini dengan segera kerana kesesakan lalu lintas di kawasan hospital sering mengganggu kelancaran urusan pesakit dan menghalang ambulans daripada memasuki hospital dengan cepat.

Beliau berterima kasih kepada Dr. Dzulkefly atas komitmen tersebut dan menekankan bahawa tindakan segera diperlukan untuk menyelesaikan masalah yang telah berlarutan ini.

“Selain itu, saya turut membangkitkan kebimbangan mengenai kemudahan infrastruktur di hospital-hospital lain di kawasan Luyang, seperti Hospital Queen Elizabeth II, Klinik Luyang, dan Klinik Kesihatan Jalan Kebajikan yang juga memerlukan perhatian,” katanya.

RELATED ARTICLES
Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah
PendapatUtama

Sabah Makin Sejahtera: Bukti Usaha Membasmi Kemiskinan Berhasil

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular