HomeUtamaSabah Benarkan Rentas Daerah Bermula Esok, Rentas Negeri Pada 1 November Ini

Sabah Benarkan Rentas Daerah Bermula Esok, Rentas Negeri Pada 1 November Ini

Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan Sabah membenarkan pergerakan rentas daerah di seluruh negeri bermula esok.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ia selepas kerajaan berpuashati dengan laporan peratus vaksinasi yang lengkap bagi populasi dewasa di Sabah.

“Kerajaan Negeri Sabah berpuashati dengan laporan peratus vaksinasi lengkap Negeri Sabah sehingga 11 Oktober lalu oleh Jawatankuasa COVID-19 Immunisation Task Force (CITF) telah mencapai melebihi 70 peratus.

“Selaras dengan itu, Kerajaan Negeri pada hari ini bersetuju supaya pergerakan rentas daerah dibenarkan mulai 14 Oktober iaitu esok,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Hajiji berkata, pergerakan rentas daerah juga perlu mengikuti syarat yang ditetapkan termasuk individu perlu lengkap divaksinasi.

Katanya, selain itu, remaja berusia 12 hingga 18 tahun juga perlu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

“Bagi kanak-kanak di bawah 12 tahun perlu ditemani oleh ibu bapa yang telah lengkap divaksin,” katanya.

Dalam pada itu, Hajiji berkata, kerajaan Negeri turut bersetuju membenarkan pergerakan rentas negeri mulai 1 November depan.

Katanya, kemasukan ke Sabah meliputi lawatan sosial dan pelancongan adalah dibenarkan dengan beberapa syarat yang ditetapkan.

“Antaranya, individu telah lengkap divaksin dan perlu menjalani ujian COVID-19 RT-PCR atau RTK-Ag (Swab/Saliva) dalam tempoh tiga hari sebelum perjalanan.

“Selain itu, remaja berumur 12 hingga 18 tahun yang sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin manakala kanak-kanak di bawah 12 tahun perlu ditemani oleh ibu bapa yang telah lengkap divaksin,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines sambung semula beberapa penerbangan ke Sabah,...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya