HomeUtamaKerajaan rancang tambah pusat jagaan warga emas, OKU di Sandakan dan Kota...

Kerajaan rancang tambah pusat jagaan warga emas, OKU di Sandakan dan Kota Kinabalu

Read Time:1 Minute, 11 Second

Oleh Florieta Diet

KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat melalui Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) telah merancang untuk menambah bilangan pusat jagaan harian bagi warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) di bandar utama Sandakan dan Kota Kinabalu.

Menterinya, Datuk James Ratib, berkata perancangan tersebut sebagai usaha meningkatkan kemudahan penjagaan sosial di Sabah.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura, mengenai perancangan kerajaan untuk mewujudkan lebih banyak pusat jagaan warga emas dan OKU di kawasan Sandakan dan Kota Kinabalu di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini.

“Antara projek yang dirancang di Sandakan ialah pembinaan Kompleks Latihan OKU, pembinaan bangunan baharu Taman Didikan Kanak-Kanak OKU serta pembaikan menyeluruh Rumah Warga Tua Sri Harapan.

“Manakala di Kota Kinabalu, kerajaan merancang membina sebuah Kompleks Bersepadu OKU dan Warga Emas di Inanam yang akan menyediakan penjagaan harian berbayar kepada 50 penghuni, kemudahan latihan dan peluang pekerjaan kepada OKU, serta sokongan psikososial kepada warga emas,” katanya.

Beliau turut memaklumkan mengenai pembinaan Rumah Warga Tua Kendiri di Telupid yang akan menempatkan warga emas tanpa waris secara percuma.

Katanya, model rumah berkenaan berpotensi diperluaskan ke kawasan bandar seperti Sandakan dan Kota Kinabalu pada masa hadapan.

Menjawab soalan tambahan berkaitan projek di Telupid, beliau berkata permohonan pembinaan rumah warga emas di daerah itu telah dibuat dua tahun lalu.

Kos projek dianggarkan melebihi RM5 juta dan akan menempatkan 15 penghuni apabila siap pada tahun 2026.

RELATED ARTICLES
Utama

Sesi persekolahan SK Pinapak diteruskan Isnin ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular