HomeUtamaBeberapa laluan utama di Beaufort terjejas akibat banjir

Beberapa laluan utama di Beaufort terjejas akibat banjir

Read Time:1 Minute, 3 Second

BEAUFORT : Hujan lebat berterusan sejak semalam menyebabkan beberapa kawasan di daerah ini dilanda banjir dengan paras air sungai meningkat selain turut menjejaskan laluan utama.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dalam kenyataannya memaklumkan, beberapa laluan di Jalan Beaufort – Menumbok dilaporkan dinaiki air, sekali gus mengehadkan pergerakan kenderaan.

Lokasi lain yang turut terjejas ialah Bulatan Limbawang yang hanya boleh dilalui satu lorong.

Turut terjejas adalah laluan Kampung Bingkul (CH/KM: CH1.000) yang kini hanya boleh dilalui satu lorong.

Selain itu turut dilaporkan terjejas adalah laluan berhampiran Kolej Komuniti Beaufort dan Kedai Coto Makassar (CH/KM: CH1.200 – CH1.700) yang hanya boleh dilalui oleh kenderaan tinggi.

Manakala di laluan 99 Speedmart (CH/KM: CH3.800) turut hanya boleh dilalui satu lorong serta Jabatan Air Beaufort (CH/KM: CH0.100 – CH1.000) – hanya boleh dilalui oleh kenderaan tinggi.

Sebagai langkah sementara, JKR telah memasang papan tanda amaran (TMP) di lokasi terlibat. 

Orang ramai turut dinasihatkan menggunakan jalan alternatif melalui Jalan Bingkul Bypass bagi mengelakkan kesesakan serta risiko keselamatan.

JKR Sabah menegaskan bahawa status jalan berkenaan akan dikemas kini dari semasa ke semasa bergantung kepada keadaan cuaca dan paras air sungai.

Orang awam diingatkan agar lebih berwaspada, mengutamakan keselamatan dan tidak memaksa kenderaan melalui laluan banjir yang boleh mengundang bahaya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Lelaki didenda RM4,000 miliki produk tidak berdaftar, kosmetik tanpa notifikasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular