PRN SABAH
HomeUtamaPusat Islam Sandakan capai 75 peratus siap, dijangka beroperasi hujung tahun ini

Pusat Islam Sandakan capai 75 peratus siap, dijangka beroperasi hujung tahun ini

Read Time:56 Second

SANDAKAN: Lebih 100 pekerja giat melaksanakan kerja pembinaan Pusat Islam Sandakan yang dijangka siap sepenuhnya hujung tahun ini.

Projek Arkitek Pusat Islam Sandakan, Mir Zafriz Mior Zawar berkata, sehingga September 2025 projek itu telah mencapai 75 peratus kemajuan.

“Kompleks berkenaan merangkumi bangunan utama Pusat Islam, pangsapuri, kuarters pekerja dan asrama pelajar.

Mir Zafriz ketika ditemui media.

“Kita lihat sekarang dari segi kemajuan, bilangan pekerja-pekerja di tapak kini adalah sekitar lebih 100 orang seperti pada hari ini. Projek berjalan dengan lancar dan hanya menunggu bahan sahaja.

“Penyiapan dalaman masih berjalan kerana menunggu ketibaan bahan seperti jubin untuk penyiapan bahagian dalaman Pusat Islam ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Lawatan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman ke Pusat Islam Sandakan, di sini pada Jumaat.

Zafriz berkata, Pusat Islam Sandakan merupakan ilham Tun Musa dan akan menempatkan taska, pusat tahfiz, dewan serbaguna serta dewan solat apabila siap kelak.

“Harapan saya dengan adanya Pusat Islam Sandakan ini, syiar Islam di daerah ini akan lebih dekat dengan hati rakyat. Kompleks ini turut dilengkapi masjid, taska tahfiz dan dewan yang menjadikannya fasiliti lengkap untuk masyarakat,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Program Pembersihan Pantai Tahunan Ke-11 teguhkan komitmen FOSTER terhadap pemuliharaan penyu...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular