PRN SABAH
HomeUtamaPIBKS sambut baik komitmen PMX segerakan pembaikan sekolah terjejas banjir

PIBKS sambut baik komitmen PMX segerakan pembaikan sekolah terjejas banjir

Read Time:1 Minute, 1 Second

KOTA KINABALU: Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung usaha mempercepatkan kerja-kerja pembaikan sekolah yang rosak akibat banjir di Sabah menerima reaksi positif daripada pelbagai pihak, khususnya dalam kalangan komuniti pendidikan.

Pengerusi Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta (PIBKS) Sabah Datuk Mohammad Arif Sakaran berkata, keprihatinan kerajaan Madani jelas menunjukkan pendidikan menjadi keutamaan walaupun berdepan cabaran bencana.

“Sekolah-sekolah yang terjejas sangat memerlukan tindakan segera. Kami berterima kasih kerana Perdana Menteri memberi perhatian khusus dan berharap pemulihan dapat dipercepatkan agar anak-anak kembali belajar dalam keadaan selesa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Konvensyen Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) peringkat daerah Kota Kinabalu di sini pada Sabtu.

Arif berkata, pihaknya turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Sabah menerusi Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) yant telah menyalurkan peruntukan untuk membantu sekolah-sekolah yang terkesan.

“Langkah kerajaan negeri menyalurkan dana tambahan dan memberikan sumbangan tahunan sebanyak RM2,000 kepada PIBG membuktikan usaha membangunkan pendidikan di Sabah bukan hanya ketika bencana berlaku, malah telah lama menjadi fokus,” katanya.

Menurutnya, gabungan usaha kerajaan persekutuan dan negeri itu diyakini akan memastikan proses pemulihan sekolah berjalan lancar, sekali gus menjamin kebajikan guru dan pelajar di kawasan terjejas banjir. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Projek tebatan banjir Tenom diteruskan – Jamawi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular