PRN SABAH
HomeUtamaMUIS taja 30 pelajar Sabah lanjut pengajian di Al-Azhar dan Shoubra Mesir

MUIS taja 30 pelajar Sabah lanjut pengajian di Al-Azhar dan Shoubra Mesir

Read Time:1 Minute, 18 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU : Seramai 30 orang pelajar Sabah bakal melanjutkan pengajian dalam beberapa bidang di Universiti Al-Azhar dan Shoubra Mesir menerusi tajaan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) melalui Tabung Zakat dan Fitrah.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, penghantaran pelajar ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan MUIS melahirkan modal insan berilmu tinggi dalam bidang pengajian Islam.

Katanya, antara bidang yang akan diikuti adalah Usuluddin, Syariah dan Kiraat serta Bahasa Arab.

“Kita berharap agar pelajar dapat belajar dengan selesa di Mesir, selain mahu lebih ramai lagi anak Sabah akan berpeluang menjejakkan kaki ke universiti berprestij tersebut.

“Pada masa akan datang, kita juga bercadang memperkenalkan kembali pengajian dalam bidang perubatan seperti perubatan am dan pergigian yang pernah berjaya sebelum ini. 

“Perbincangan sedang dijalankan dengan kedutaan dan Kementerian Pengajian Tinggi untuk mengenal pasti universiti yang sesuai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis amanat dan meraikan pelajar-pelajar Sabah yang melanjutkan pengajian di Universiti Al Azhar dan Shoubra Mesir di sini pada Ahad.

Sementara itu, ketika berucap, Arifin yang juga Exco Agama dan Pendidikan berkata, setiap pelajar akan menerima dermasiswa RM9,000 setahun, selain tiket penerbangan dan wang saku pendahuluan sebanyak RM2,000 yang dibiayai MUIS.

Katanya, setakat ini terdapat 159 pelajar Sabah sedang menuntut di Mesir di bawah tajaan MUIS, daripada keseluruhan 243 orang pelajar Sabah di negara itu.

“MUIS berharap pelajar-pelajar ini bukan sahaja selamat berangkat, tetapi juga menimba ilmu dengan cemerlang sebelum kembali ke Sabah untuk menyumbang kepakaran dalam bidang agama dan kemasyarakatan,” katanya.- SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Program Pembersihan Pantai Tahunan Ke-11 teguhkan komitmen FOSTER terhadap pemuliharaan penyu...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular