PRN SABAH
HomeUtama900 peserta sertai Program 'Healing Hati 3.0' di Sabah

900 peserta sertai Program ‘Healing Hati 3.0’ di Sabah

Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU: Seramai 900 peserta dari seluruh negeri Sabah hadir mengimarahkan program ‘Healing Hati 3.0’ yang julung kali dianjurkan di negeri ini.

Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Jaringan Antarabangsa Muslimah One World Muslimah (OMW) Noor Razlina Noor Mohamed berkata, sambutan menggalakkan itu memperlihatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan merawat hati dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

“Program ini memberi fokus kepada cabaran hidup yang dihadapi masyarakat, sama ada masalah rumah tangga, keluarga mahupun kewangan. 

”Tujuannya agar peserta lebih tabah, yakin dengan takdir Allah SWT serta menjadikan Al-Quran dan hadis sebagai panduan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Healing Hati 3.0, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Sabtu.

Majlis anjuran OMW itu diserikan dengan kehadiran Isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Faridah Tussin bersama isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag.

Menurut Noor Razlina, pendekatan penceramah utama, Ustaz Hilman Fauzi yang mengetengahkan empat solusi kehidupan dengan penyampaian penuh emosi berjaya menyentuh hati peserta sehingga ramai menitiskan air mata.

”Penglibatan peserta dari Brunei, Singapura, Semenanjung dan Miri, Sarawak turut membuktikan program itu mempunyai daya tarikannya tersendiri,” katanya.

Program Healing Hati 3.0 merupakan siri jelajah di seluruh negara yang bermula di Kuala Lumpur dan Kelantan, manakala Sabah menjadi destinasi ketiga sebelum diteruskan ke Pulau Pinang.

RELATED ARTICLES
Utama

Projek tebatan banjir Tenom diteruskan – Jamawi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular