PRN SABAH
HomeUtamaKerajaan perkasa rakyat melalui inisiatif pendidikan, kebajikan dan pembangunan modal insan

Kerajaan perkasa rakyat melalui inisiatif pendidikan, kebajikan dan pembangunan modal insan

Read Time:1 Minute, 26 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Kerajaan negeri terus komited memastikan rakyat mendapat manfaat menyeluruh melalui pelbagai inisiatif pendidikan, kebajikan dan pembangunan modal insan yang dilaksanakan di bawah Yayasan Sabah (YS) serta Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas).

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif berkata, menerusi Program Jerayawara Yayasan Sabah Bersama Rakyat (YSBR), ia merupakan platform penting menyantuni masyarakat dengan menyalurkan pelbagai bentuk bantuan secara terus.

“Antara yang kita sampaikan ialah dermasiswa untuk anak-anak Tawau, Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) kepada pelajar cemerlang SPM dan STPM melalui inisiatif Mercu, skim Bestari iaitu tabungan RM100 untuk anak kelahiran baharu, serta bantuan Bagus yang memberi sumbangan RM2,000 setiap tahun kepada lebih 1,500 sekolah di Sabah.

“Kita juga membantu sekolah dengan peruntukan RM8,000 setahun untuk membeli komputer dan peralatan bantu mengajar. Secara keseluruhan, terdapat 15 inisiatif bernilai lebih RM70 juta bagi memperkasa rakyat Sabah,” katanya ketika ditemui media selepas mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor merasmikan program tersebut di Dewan Masyarakat Tawau, di sini hari ini.

Menurut beliau, kerajaan turut memberi pengiktirafan kepada anak-anak Sabah yang cemerlang dalam kokurikulum di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, selain melaksanakan program perumahan Rumah Mesra SMJ.

Pada majlis sama, turut disampaikan beberapa inisiatif lain termasuk Skim Bantuan Khas (SBK), Tajaan Pengajian Tinggi Yayasan Sabah 2025, Program Khas Anak Negeri (PKAN) Sabah 2025, Geran Dana Mula Niaga, Anugerah Pengusaha Kraftangan Berpotensi, serta program CSR Sabah Softwoods Berhad.

Mohd Arifin turut menghargai penglibatan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di bawah Yayasan Sabah yang banyak menyumbang kepada dana pendidikan negeri.

“Kerajaan negeri akan terus memastikan hasil dan keuntungan Yayasan Sabah digunakan sebaiknya untuk kebajikan rakyat, terutama dalam bidang pendidikan dan pembangunan modal insan,” tambahnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Program Pembersihan Pantai Tahunan Ke-11 teguhkan komitmen FOSTER terhadap pemuliharaan penyu...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular