PRN SABAH
HomeUtamaTiga pesuruhjaya kehakiman baharu mengangkat sumpah

Tiga pesuruhjaya kehakiman baharu mengangkat sumpah

Read Time:3 Minute, 14 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Peguam kelahiran Sabah, Hamid Ismail, merupakan antara tiga individu yang dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman (JC) hari ini.

Dua lagi yang dilantik dari Sarawak iaitu bekas Pengarah Mahkamah Sarawak, Steve Ritikos, 60, dan peguam Ratanah Devi Yusof Perumal, 50.

Surat cara pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman telah disampaikan oleh Ketua Hakim Negara Malaysia, Datuk Seri Utama Wan Ahmad Farid Wan Salleh, semasa majlis di Dewan Persidangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu.

Ketiga-tiga Pesuruhjaya Kehakiman mengangkat mengangkat sumpah jawatan dan taat setia di hadapan Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Datuk Azizah Nawawi.

Hamid, 49, merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa (1996-200). Beliau memulakan kerjaya sebagai peguam pada tahun 2001 dengan tiga firma guaman sebelum menubuhkan firma guamannya sendiri, Hamid & Co, pada Julai 2004.

Sepanjang kerjayanya, Hamid telah mengendalikan pelbagai kes sivil dan jenayah berprofil tinggi.

Beliau berjaya mewakili Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang disaman oleh, dalam membatalkan ‘default judgment’ pada 2016, susulan saman oleh peguam Marcel Judge.

Hamid juga bertindak sebagai peguam utama mewakili Dato’ Seri Hamzah Zainuddin dalam pertikaian keahlian Bersatu yang disaman oleh Dato’ Indera Dr Suhaili bin Abdul Rahman. Tuntutan tersebut ditolak Mahkamah Tinggi pada 28 Mei 2024.

Dalam kes jenayah, Hamid pernah mewakili Datuk Seri Shafie Apdal dalam kes reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2017, dan mewakili ketua ketua Geng Upik Datuk Maslan Sani yang dihukum penjara lima tahun pada 4 Jun lalu selepas mengaku bersalah menjadi anggota kumpulan jenayah terancang itu antara tahun 2015 hingga 2023.

Hamid juga membela ramai anak guam dalam pelbagai kes perbicaraan dan rayuan termasuklah kes pengawal keselamatan UMS atas dakwaan merogol pelajar, mewakili tiga daripada enam anggota tentera dalam kes pembunuhan serta terlibat dalam banyak kes pembebasan berkaitan tuduhan serius di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM), kes rasuah, pengedaran dadah, jenayah seksual, dan penipuan.

Hamid juga merupakan peguam utama bagi pasukan guaman ibu Zara sehingga akhir Ogos 2025. Beliau dan Shahlan Jufri berjaya membuat permohonan untuk empat perkara penting berkaitan kes tersebut kepada Jabatan Peguam Negara (AGC): (i) AGC memulangkan kertas siasatan kepada polis; (ii) Bukit Aman mengambil alih siasatan daripada polis Sabah; (iii) mayat mendiang Zara dibedah siasat; dan (iv) inkues dijalankan untuk menentukan sama ada terdapat unsur jenayah dalam kematian Zara.

Hamid juga telah mewakili ramai tertuduh secara pro bono dalam pelbagai kes. Antara yang mendapat perhatian adalah kes Ommar Yacob, yang dituduh membunuh seorang lelaki pada 12 Mei 2007 di Bandaran Berjaya, Kota Kinabalu. Walaupun Ommar disabitkan bersalah atas pertuduhan membunuh oleh Mahkamah Tinggi, Hamid berjaya meyakinkan Mahkamah Persekutuan untuk menukar pertuduhan kepada ‘manslaughter’.

Kes Zara Qairina juga diuruskan oleh Hamid secara pro bono.

Bagi Steve, beliau merupakan lulusan Diploma Undang-Undang (1986-1989) dan Advance Diploma Undang-Undang (1990-1991) UITM Shah Alam, Selangor.

Beliau memulakan kerjaya kehakimannya pada 1991 sebagai Majistret di Mahkamah Persekutuan Kuala Lumpur, diikuti Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, dan Mahkamah Kota Kinabalu, Sabah.

Beliau juga pernah memegang pelbagai jawatan seperti Penolong Kanan Pendaftar, Timbalan Pendaftar, Hakim Mahkamah Sesyen di beberapa Mahkamah, sebelum dilantik sebagai Pengarah Mahkamah Sarawak pada tahun 2021.

Steeve juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Penolong Pengarah Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP) Bangi, Selangor (2001-2006); Timbalan Pendakwa Raya di Jabatan Peguam Negara Kuching, Sarawak (2006-2008); dan Peguam Kanan Persekutuan Ketua Unit Guaman Sabah di Jabatan Peguam Negara, Sabah (2008-2011).

Sementara itu, Ratanah pula merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (1995-1999) dan Ijazah Sarjana Pengadilan Jenayah (2021-2023) dari Universiti Malaya.

Ratanah didaftarai sebagai Peguam bela & Peguam cara Mahkamah Tinggi Sabah & Sarawak pada 21 Februari 2021. Beliau memulakan kerjaya guamannya dengan dua firma, kemudian menjadi rakan kongsi di firma kedua, sebelum menubuhkan firma guamannya sendiri, Ratanah Devi Advocates, pada 2018.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Abu Bakar Jais, dan Ketua Hakim Malaya, Tan Sri Hasnah Datuk Mohammed Hashim.

RELATED ARTICLES
Utama

Ladang Sayur Bukit Layang-Layang jadi model pertanian berimpak tinggi — Jamawi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular