PRN SABAH
HomeUtamaOps Bersepadu Tawau: 20 saman trafik dikeluarkan

Ops Bersepadu Tawau: 20 saman trafik dikeluarkan

Read Time:58 Second

Oleh Ahmad Husnayan

TAWAU: Polis berjaya mematahkan kegiatan lumba haram di Kilometer 45, Jalan Tawau–Semporna, Ahad lalu, sekali gus mengeluarkan 20 saman trafik dalam Operasi Bersepadu Khas.

Operasi hampir empat jam bermula jam 5 petang itu membabitkan anggota Balai Polis Bandar Sri Indah dan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, sebanyak 19 motosikal diperiksa membabitkan 19 penunggang lelaki.

“Kesalahan paling banyak dikesan ialah motosikal tanpa cermin sisi, ekzos diubah suai, nombor pendaftaran tidak ikut spesifikasi, tiada lesen memandu dan aksesori tidak sempurna.

“Tiada tangkapan atau sitaan dibuat, namun semua pemeriksaan turut disemak melalui sistem MCOP/MCAD,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, operasi berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Jasmin berkata, pihaknya akan terus menjalankan operasi seumpama itu dari semasa ke semasa bagi membendung kegiatan lumba haram di daerah berkenaan.

“Polis menasihatkan orang ramai, terutama anak muda, supaya tidak terbabit dalam aktiviti lumba haram kerana ia bukan saja membahayakan diri, malah mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain.

“PDRM tidak akan berkompromi dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Program Pembersihan Pantai Tahunan Ke-11 teguhkan komitmen FOSTER terhadap pemuliharaan penyu...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular