PRN SABAH
HomeUtamaSemua kursus pengajian UMS mempunyai Akreditasi MQA

Semua kursus pengajian UMS mempunyai Akreditasi MQA

Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU :  Universiti Malaysia Sabah (UMS) menegaskan bahawa semua program pengajian yang ditawarkan di universiti itu telah mendapat akreditasi penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr Kasim Mansor berkata, ia sekali gus menolak dakwaan kewujudan ‘kursus lelong’ di institusi pengajian tinggi (IPT).

Katanya, setiap kursus melalui penilaian ketat yang melibatkan aspek kebolehpasaran graduan, kajian pasaran, kelayakan pensyarah serta kesesuaian kurikulum dengan keperluan industri semasa.

“Proses akreditasi ini memastikan semua program UMS berkualiti tinggi dan sentiasa relevan dengan perkembangan semasa, di samping memberi jaminan bahawa graduan kami bukan sahaja memenuhi keperluan pasaran kerja dalam negara, malah mampu bersaing di peringkat antarabangsa,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa kadar purata kebolehpasaran graduan UMS (Graduate Employability, GE) dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini adalah sebanyak 95.46 peratus, dengan rekod tertinggi dicatatkan pada tahun 2023 iaitu 98.5 peratus.

“Fakta ini membuktikan bahawa graduan UMS diterima baik oleh majikan dan pasaran kerja, serta menolak sama sekali persepsi negatif mengenai kualiti kursus yang ditawarkan di universiti ini,” katanya.

Sehubungan itu, UMS menegaskan komitmennya untuk terus menyediakan program berkualiti, melahirkan graduan kompetitif dan berdaya saing, serta menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara, seiring dengan penegasan Menteri Pendidikan Tinggi dan MQA.

RELATED ARTICLES
Utama

Sahabat lama yang banyak berjasa – Hajiji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular