Read Time:24 Second
Kota Kinabalu : Daerah Tongod diisytiharkan sebagai kawasan bencana banjir berikutan hujan lebat berterusan dan kenaikan paras air sungai di paras bahaya ketika ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tongod Yuesri Ismail Yusof berkata, pengisytiharan itu dibuat pada jam 11 malam pada Khamis.
“Dengan ini berdasarkan laporan dan maklumat di lapangan yang diterima daripada agensi-agensi dalam JPBD, maka adalah diisytiharkan bahawa telah berlaku bencana banjir di daerah Tongod,” katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat. – SABAH MEDIA



