PRN SABAH
HomeUtamaSabah Sumbang 73 Peratus Pengeluaran Koko Negara

Sabah Sumbang 73 Peratus Pengeluaran Koko Negara

Read Time:1 Minute, 18 Second

Oleh: Silar Pinikit

TENOM: Sabah muncul penyumbang utama pengeluaran koko negara dengan jumlah kira-kira 118 metrik tan atau 73 peratus daripada keseluruhan pengeluaran nasional sebanyak 161 metrik tan bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Chan Foong Hin berkata, angka itu melibatkan tanaman koko seluas 360 hektar yang diusahakan oleh 554 petani di Keningau, Tenom, Nabawan, Sipitang dan Sook.

“Zon Tenom sahaja menyumbang 55 metrik tan atau 47 peratus, sekali gus menjadikan daerah ini kawasan tanaman koko utama di Sabah dan negara,” katanya ketika merasmikan Kursus Pasca Tuai dan Penggredan Biji Koko Kering Zon Kemabong di Dataran Kemabong, Selasa.

Beliau berkata, permintaan tinggi biji koko tempatan serta harga pasaran yang melonjak mendorong Lembaga Koko Malaysia (LKM) melaksanakan Program Pemulihan Kebun Koko 2024-2026 dengan peruntukan RM5 juta.

“Program ini melibatkan 2,084 petani dengan keluasan 1,344 hektar. Setiap hektar menerima insentif antara RM3,500 hingga RM4,000 dalam bentuk input dan peralatan pertanian,” jelasnya.

Di Zon Kemabong sahaja, seramai 118 petani membabitkan 103 hektar menerima baja NPK biru, racun serangga, racun kulat serta 10 anak benih koko menerusi program galakan tanaman.

Chan turut menggalakkan penanaman koko berskala besar di ladang-ladang komersial. Katanya, sesi Libat Urus Galakan Tanaman Koko Sektor Perladangan diadakan pada Ogos lalu di Tawau, dengan program berkenaan akan berjalan dari 2025 hingga 2030 berbekalkan peruntukan RM550,000 setahun.

Turut hadir, Ketua Pengarah LKM Datuk Dr Ramle Kasin, Pengerusi LKM Datuk Matbali Musa, Senator Norita Sual, Pengarah Pemindahan Teknologi dan Pengembangan LKM Abdul Karim Che Hamid serta pegawai kementerian dan LKM.

RELATED ARTICLES
Utama

Jenazah Bung Moktar selamat dikebumikan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular