PRN SABAH
HomeUtamaTamu Suara 360 terus dekati anak muda seluruh Sabah, program serentak di...

Tamu Suara 360 terus dekati anak muda seluruh Sabah, program serentak di lima lokasi

Read Time:1 Minute, 45 Second

Oleh Florieta Diet

KOTA KINABALU: Program dialog interaktif Tamu Suara 360 yang bertujuan mengangkat aspirasi dan suara anak muda Sabah berlangsung secara serentak hari ini di lima lokasi utama di negeri ini, dengan kehadiran lebih daripada 2,000 peserta.

Fairuz (kanan berbual mesra bersama anak muda di Tamu Suara 360 di SICC.

Antara lokasi terlibat ialah Kota Kinabalu, di Sipadan 3, Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) bersama panel Datuk Fairuz Renddan; Penampang, di Dewan Hongkod Koisaan, KDCA bersama panel Datuk Firdaus Akbar Khan, dengan kehadiran memeriahkan sesi ini oleh Huguan Siou, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan; Kunak, yang diadakan di Dewan Tertutup Kunak bersama panel Datuk Norazlinah Arif; Beluran, di Dewan Terbuka Beluran bersama panel Datuk Samad Jambri; serta Kota Belud, di Dewan Serbaguna Kg. Taun Gusi bersama panel Datuk Mohd Arsad Bistari.

Bersama panel Firdaus di Dewan Hongkod Koisaan, KDCA .

Aspirasi dan Suara Anak Muda

Program Tamu Suara 360 ini terus membuktikan komitmen pemimpin negeri untuk mendengar secara langsung pandangan, cadangan, dan aspirasi anak muda.

Melalui konsep perkongsian dua hala, anak-anak muda berpeluang mengemukakan idea serta isu-isu di kawasan masing-masing, manakala para pemimpin tampil sebagai “leaders yang mendengar”.

Program ini juga membuka ruang kepada percambahan idea segar, sekali gus merintis cara baharu untuk berkomunikasi dengan generasi muda.

Kepelbagaian Pandangan, Satu Tujuan

Penganjuran serentak di lima lokasi hari ini mencerminkan hasrat untuk membawa suara belia ke hadapan, agar aspirasi dan keperluan mereka dapat diterjemah dalam bentuk dasar, pembangunan dan inisiatif nyata.

Kehadiran pemimpin-pemimpin berprofil tinggi serta tokoh masyarakat seperti Tan Sri Joseph Pairin Kitingan di KDCA turut memberi simbolik bahawa suara belia Sabah diiktiraf dan diraikan.

Lokasi Akan Datang

Selepas siri hari ini, Tamu Suara 360 akan diteruskan di lokasi seterusnya: iaitu pada 8 Oktober 2025 di Wisma Wanita, Kota Kinabalu dan 11 Oktober 2025 pada Kemuncak program bersama Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di SICC.

Menyemai Masa Depan

Dengan sambutan hangat lebih 6000 peserta di seluruh Sabah setakat ini, Tamu Suara 360 bukan sekadar sesi dialog, ia adalah gerakan aspirasi anak muda, yang menjadi jambatan antara kepimpinan negeri dengan generasi pewaris masa depan.

RELATED ARTICLES
Utama

Ceramah ‘Seronoknya Kimia’ perkasa pemahaman STEM dalam kalangan masyarakat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular