PRN SABAH
HomeSukanBriana raih gangsa walau beraksi dengan senjata pinjam

Briana raih gangsa walau beraksi dengan senjata pinjam

Read Time:1 Minute, 13 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Beraksi dengan ‘senjata pinjam’ bukan penghalang buat penembak muda Sabah, Briana June Daya, menyerlah di pentas kebangsaan.

Atlet berusia 19 tahun dari Penampang itu meraih pingat gangsa dalam acara 50 meter Rifle Prone Women Junior pada Kejohanan SportExcel/NSC/MILO/NSAM 5th Malaysian Junior Shooting Championship 2025 yang berlangsung di Subang, Selangor, baru-baru ini.

Kejayaan tersebut turut melakar sejarah tersendiri buat Persatuan Menembak Sabah (SSA) apabila Briana menghadiahkan pingat pertama negeri dalam kategori berkenaan.

“Saya berasa amat gembira kerana segala usaha dan latihan akhirnya membuahkan hasil,” katanya.

Menurut Briana, dia melakukan latihan secara ‘endurance’ seperti kekal dalam posisi meniarap (prone) sekurang-kurangnya selama satu jam untuk 70 kali ‘dry fire’.

“Untuk kejohanan kali ini, kami terpaksa meminjam senjata daripada Persatuan Menembak Selangor dan membuat penyesuaian secara ‘on the spot’ setibanya di lokasi pertandingan,” jelasnya.

Briana berharap kejayaan itu menjadi pemangkin untuk memperbaiki prestasi dan memecahkan rekod kebangsaan pada masa akan datang.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Pasukan Menembak Sabah, Dennis Ejoh, berkata pencapaian Briana membuktikan bahawa atlet muda negeri ini mempunyai potensi besar walaupun berdepan kekangan kemudahan.

“Kejayaan ini mampu membakar semangat atlet lain untuk menggandakan usaha dalam menguasai seni menembak bagi acara jarak 50 meter,” katanya.

Sebanyak 22 penembak daripada lima pasukan berentap dalam kategori itu, yang menyaksikan penembak dari Perak, Nurul Ain Murad, muncul juara diikuti rakan sepasukannya, Ainul Mardhiah Mohd Yusri, pada kejohanan berprestij merebut Piala NSAM Ally T.H. Ong 2025. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala FA : Sabah ke pentas akhir selepas penantian 27 tahun

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular