PRN SABAH
HomeUtamaPengecualian sewa dua bulan untuk penjaja Pasar Umum Sandakan

Pengecualian sewa dua bulan untuk penjaja Pasar Umum Sandakan

Read Time:38 Second

SANDAKAN: Penjaja di Pasar Umum Sandakan diberikan pengecualian bayaran sewa selama dua bulan susulan kerja-kerja naik taraf dan baik pulih paip yang menjejaskan operasi perniagaan mereka.

Pengerusi Sabah Development Berhad, Datuk Frankie Poon Ming Fung, berkata permintaan pengecualian itu dikemukakan selepas menerima aduan mengenai kesukaran penjaja menjalankan aktiviti perniagaan sepanjang tempoh penyelenggaraan.

Katanya, hasil perbincangan beliau dengan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Walter Kenson, pihak MPS bersetuju untuk mengecualikan bayaran sewa dua bulan kepada semua penjaja yang terlibat.

“Saya amat menghargai keprihatinan dan tindakan pantas Presiden MPS dalam mempertimbangkan permohonan ini. Keputusan tersebut menunjukkan keprihatinan MPS terhadap kebajikan penjaja dan semangat kerjasama yang kukuh dengan masyarakat,” katanya.

Poon turut berharap kerja-kerja penyelenggaraan dapat diselesaikan segera agar operasi perniagaan di pasar kembali berjalan seperti biasa.

RELATED ARTICLES
Utama

PM zahir takziah atas pemergian Bung Moktar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular