PRN SABAH
HomePRNPRN Sabah ditetapkan pada 29 November

PRN Sabah ditetapkan pada 29 November

Read Time:42 Second

Oleh Erdie Ab Wahid / Florieta Diet

KOTA KINABALU : ((KEMASKINI)) Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 29 November sebagai tarikh pengundian untuk pengundi di Sabah melaksanakan tanggungjawab pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).

Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Datuk Harun berkata, tarikh penamaan calon ditetapkan pada 15 November manakala pengundian awal pada 25 November.

Katanya, tempoh berkempen ditetapkan 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon yang bertanding pada 15 November sehingga 28 November pada jam 11.59 malam.

“SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Sabah berhubung dengan pengisytiharan pembubaran DUN Ke-16 pada 6 Oktober lalu.

“Sehubungan itu, SPR telah mengadakan Mesyuarat Khas pada hari ini dan memutuskan Pilihan Raya Umum (PRU) DUN ke-17 hendaklah diadakan bagi mengisi kekosongam 73 kerusi DUN tersebut,” katanya.

Pelaksanaan pilihan raya itu akan melibatkan 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Ribuan umat Islam hadir solat jenazah Allahyarham Bung Moktar Radin di...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular