PRN SABAH
HomeUtamaTindakan cekap APM Sandakan atasi tujuh kes pokok tumbang, ular

Tindakan cekap APM Sandakan atasi tujuh kes pokok tumbang, ular

Read Time:1 Minute, 10 Second

SANDAKAN : Tindakan pantas anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sandakan berjaya mengawal tujuh kejadian berasingan melibatkan pokok tumbang dan tangkapan ular susulan hujan lebat dan angin kencang yang melanda daerah ini malam tadi.

Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) APM Sandakan mula menerima panggilan kecemasan daripada orang awam dan Pusat Kawalan Operasi Negeri (PKON) Sabah sekitar jam 7.45 malam, sebelum menggerakkan pasukan ke lokasi kejadian.

Menurut Pegawai APM Daerah Sandakan, Kapten (PA) Sulaiman Salama, empat daripada kejadian itu membabitkan pokok tumbang manakala tiga lagi adalah operasi menangkap ular.

“Kes pokok tumbang dilaporkan berlaku di Batu 6 berhampiran Kelab Golf Sandakan, Batu 8, Batu 4 dan Taman Sentosa, manakala kes tangkapan ular pula di Pasar Umum Batu 8 (ular sawa), Kampung Sungai Kayu (ular bakau) dan Taman Harmoni (ular sawa),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, semua operasi berjaya diselesaikan sepenuhnya pada jam 11.21 malam, hasil tindakan segera dan penyelarasan cekap antara anggota bertugas di lapangan.

“Tindakan pantas pasukan berjaya memastikan keselamatan penduduk serta melancarkan semula aliran trafik di kawasan terjejas,” jelasnya.

Sementara itu, Sulaiman turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa peka terhadap amaran cuaca dan mengelak daripada berada berhampiran kawasan berisiko tinggi seperti pokok besar, sungai serta cerun ketika hujan lebat atau ribut petir.

“Sekiranya berlaku kejadian kecemasan atau risiko bencana, orang awam disaran menghubungi segera Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Sandakan atau talian MERS 999 untuk tindakan segera,” katanya lagi.

RELATED ARTICLES
Utama

SEDCO dan anak syarikat perlu lebih berdaya saing, tingkatkan dividen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular