HomeUtamaCOVID-19 : Kes Sporadik Kekal Tinggi Direkodkan Di Sabah

COVID-19 : Kes Sporadik Kekal Tinggi Direkodkan Di Sabah

Read Time:1 Minute, 25 Second

KOTA KINABALU : Kes jangkitan COVID-19 membabitkan kes-kes sporadik atau daripada saringan bergejala kekal tinggi direkodkan di Sabah hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ia membabitkan sebanyak 39.8 peratus atau 243 daripada jumlah kes harian iaitu sebanyak 611 kes.

Katanya, kes-kes ini seringkali dikaitkan dengan kegagalan individu dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

“Kes harian di Sabah terus meningkat dengan pertambahan 32 kes menjadikan jumlah kes baharu pada hari ini berjumlah 611 kes.

“Trend perubahan angka bagi setiap daerah adalah tidak statik, namun daerah-daerah seperti Kota Kinabalu, Kota Belud, Tuaran, Beaufort, Ranau dan Kota Marudu konsisten sebagai penyumbang kes baharu yang tinggi setiap hari,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, sungguhpun berlaku peningkatan kes harian negeri Sabah, jumlah daerah yang mencatatkan penurunan adalah lebih banyak iaitu sebanyak 13 daerah.

Katanya, sebanyak 10 daerah mencatat peningkatan kes baharu manakala empat daerah lagi kekal sebagaimana kes yang dicatatkan semalam.

“Hampir 97 peratus kes-kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2 sahaja yang mana kes-kes dalam kategori ini hanya memerlukan rawatan dan pemantauan di rumah atau PKRC.

“Seramai empat orang dalam Kategori 3, dua orang dalam Kategori 4 dan seorang sahaja dalam Kategori 5.

“Sebanyak 12 kes lagi masih dalam penilaian pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS),” katanya.

Dalam pada itu, Masidi berkata, dos penggalak (booster dose) kini boleh diperolehi secara percuma di pusat-pusat perubatan kerajaan.

“Sekadar satu peringatan, dos penggalak (booster dose) sekarang boleh diperolehi secara percuma di pusat-pusat perubatan kerajaan.

“Bagi mereka yang berumur 40 tahun keatas, yakni selepas 6 bulan menerima dos kedua Pfizer dan 3 bulan selepas menerima dos kedua Sinovac,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Lebih 10,000 pengunjung meriahkan pelancaran Pesta Kaamatan negeri Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya