PRN SABAH
HomeUtamaTindakan ikut undang-undang dan prosedur sah - JIM Sabah

Tindakan ikut undang-undang dan prosedur sah – JIM Sabah

Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU : Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah menegaskan bahawa tindakan terhadap Albert Tei di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) semalam dijalankan mengikut undang-undang dan prosedur sah.

Pengarah Imigresen Negeri Sabah, Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yussof, berkata siasatan mendapati Albert Tei masih tertakluk kepada Notis Arahan Sekatan (NAS) yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa negeri dan hanya dibenarkan masuk ke Sabah bagi tujuan menghadiri prosiding mahkamah.

Susulan itu katanya, pegawai bertugas di kaunter pemeriksaan pintu masuk telah menemu bual individu berkenaan dan individu tersebut memaklumkan bahawa tujuan kedatangannya ke Negeri Sabah adalah untuk bertemu rakan dan menyatakan untuk membuat cubaan masuk ke Negeri Sabah tanpa mengemukakan sebarang bukti tujuan kemasukan ke Negeri Sabah.

“Ketika diperiksa di KKIA, individu tersebut gagal mengemukakan sebarang dokumen panggilan mahkamah atau bukti tujuan kemasukannya. 

“Oleh itu, pegawai bertugas telah mengeluarkan Notis Penolakan Masuk (NPM) selaras dengan Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, JIM sebelum ini pernah membenarkan individu sama masuk ke Sabah pada September 2025 selepas mengemukakan surat rasmi panggilan mahkamah, membuktikan bahawa beliau mengetahui sepenuhnya prosedur kemasukan yang perlu dipatuhi.

Katanya, dakwaan bahawa pihak Imigresen menghalang beliau menghadiri prosiding mahkamah adalah tidak tepat. 

Tambahnya, keputusan yang diambil pegawai bertugas dibuat mengikut Tatacara Operasi Standard (SOP) tanpa sebarang pengaruh luar.

Beliau turut menasihatkan mana-mana individu yang tertakluk kepada NAS supaya mematuhi syarat kemasukan serta menyediakan dokumen lengkap sebelum tiba di pintu masuk negeri ini.

“JIM Sabah sentiasa memastikan setiap tindakan berpandukan undang-undang, demi menjaga keselamatan, kedaulatan dan integriti perkhidmatan awam negara,” tambahnya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

SEDCO dan anak syarikat perlu lebih berdaya saing, tingkatkan dividen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular