PRN SABAH
HomePRNSlogan `Dari Rumah ke Rumah, Dari Hati ke Hati’ dekati rakyat -...

Slogan `Dari Rumah ke Rumah, Dari Hati ke Hati’ dekati rakyat – NIzam

Read Time:1 Minute, 25 Second

Oleh: Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kini berada dalam kesiapsiagaan penuh untuk turun padang menghadapi Pilihan Raya Sabah dengan menumpukan pendekatan mendekati rakyat secara lebih mesra dan berkesan “dari rumah ke rumah” dan “dari hati ke hati”.

Ketua Penerangan Parti Gabungan Rakyat Sabah (PGRS) Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, pelancaran rasmi jentera pilihan raya GRS pada. Ahad lalu menandakan bermulanya perjuangan baharu gabungan itu selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah baru-baru ini.

“Inilah masa untuk kita turun padang dengan semangat rumah kita. Kita jaga kerana Sabah ini rumah kita dan tanggungjawab kita bersama untuk memastikan negeri ini terus stabil, maju, dan bersatu di bawah panji Gabungan Rakyat Sabah,” katanya selepas Mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) Penerangan Gagasan Rakyat di sini pada Selasa.

Beliau menegaskan, pendekatan mendekati rakyat secara langsung merupakan strategi utama bagi memastikan mesej perjuangan GRS benar-benar difahami oleh setiap lapisan masyarakat, khususnya di peringkat akar umbi.

“Kita akan bergerak dari rumah ke rumah, dari hati ke hati rakyat. Inilah cara kita menyampaikan mesej perjuangan, bukan sekadar melalui slogan, tetapi dengan keikhlasan dan kesungguhan untuk mendengar denyut nadi rakyat,” ujarnya.

Menurut Nizam, GRS akan terus berpegang kepada empat teras perjuangan utama iaitu Sabah First, Sabah Forward, Sabah Prosper, dan Sabah United yang menjadi panduan ke arah kestabilan politik serta kemajuan ekonomi negeri.

“Empat teras ini mesti kita hidupkan dalam setiap langkah. Dan jangan lupa semangat baharu kita ialah Sabah Tanah Airku, tanda cinta dan kesetiaan kita kepada Bumi Sabah,” tambah beliau.

Sehubungan itu, Nizam menyeru semua jentera parti agar bekerja dengan penuh semangat dan kebersamaan, meneruskan momentum seperti pilihan raya sebelum ini, dengan menjadikan tagline “Rumah Kita, Kita Jaga” sebagai lambang perpaduan dan komitmen menjaga Sabah bersama.

RELATED ARTICLES
Utama

Bekas pengarah JANS tidak terlibat dalam tender – Saksi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular