PRN SABAH
HomePRNPerpaduan komuniti jadi asas pembangunan di Liawan - Annuar

Perpaduan komuniti jadi asas pembangunan di Liawan – Annuar

Read Time:58 Second

Oleh Silar Pinikit

KENINGAU : Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Liawan, Datuk Annuar Ayub Aman, menegaskan bahawa perpaduan masyarakat adalah kunci kepada pembangunan mampan.

Beliau berkata demikian semasa menyantuni komuniti Bugis, Jawa, dan Bajau di Kampung Liawan kelmarin.

Dalam pertemuan itu, Annuar turut menyampaikan penghargaan kepada penduduk atas sokongan padu mereka, sambil menekankan bahawa kehadiran masyarakat bukan sekadar menunjukkan kesetiaan politik, tetapi juga bukti kepercayaan dan kesepaduan yang kukuh.

“Keberadaan anda semua adalah cerminan kepada semangat kebersamaan yang tidak ternilai. Sokongan padu yang diberikan adalah bukti bahawa kita saling percaya dan bersatu untuk membina masa depan yang lebih gemilang,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa dengan usaha bersama, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan terus memperkukuh pembangunan di Liawan secara seimbang, memastikan manfaat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.

“Kepercayaan yang anda berikan adalah kekuatan kami. Perpaduan yang kita miliki adalah senjata utama untuk memastikan Liawan terus maju dalam landskap politik dan pembangunan negeri,” katanya.

Sebagai peneraju utama kawasan itu, beliau berikrar untuk terus memperjuangkan kepentingan rakyat, memperkukuh ekonomi, dan meningkatkan kualiti hidup penduduk.

Program santai itu turut memberi peluang kepada penduduk untuk bergambar kenangan dan beramah mesra, menzahirkan hubungan erat antara pemimpin dan masyarakat. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Bung Moktar tegas di Parlimen tapi lembut di rumah – Shaheizy...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular